Novel : Cello Terpilu 10

Nama Pena : Anastasya

Truth Beyond Dream

Ramai orang mengelilinginya. Akito yang berada di satu sudut segera mendapatkannya. Aki mengucapkan rasa syukur. Matanya merah. Utsumi – senpai dan Sakima – sensei menghampiri Azusa.

Azusa bangun perlahan – lahan dan membelek seluruh anggota tubuhnya. Mereka mula hairan dengan sikap Azusa. Akito memegang tangan Azusa dan bertanya tentang keadaan dirinya. Jelas sekali Azusa tidak mampu menjawab soalan Akito.

‘ Oh, apa yang sudah terjadi? Mula – mula aku pengsan. Kemudian aku jadi seorang gadis pintar. Selepas itu, aku berkahwin dengan seorang pemuda tampan. Dan aku mempunyai seorang anak seterusnya mengandung. Akhir sekali, aku ‘mati’ dalam kemalangan….dan terus berada di sini! ‘ Seribu satu persoalan bermain di benaknya.

Mereka buntu. Sikap Azusa benar – benar pelik. Nanaki yang tadi mengeluh kelihatan ada idea.

” Azusa – san, jangan bersedih. Kamu masih ada 21 minit sebelum pengumuman pemenang. Mari! Kita kejar semula masa Azusa! ” laungnya, bersemangat.

” Yalah! Azusa – san, mari kita bersama – sama mengejar masa yang terhad. ” kata Mizuki. Gelagatnya amat mencuit hati.

” Kelakuan kakak kamu harus dibalas. Saya tak suka sikap juri yang membenarkan dia bermain lebih daripada 2 lagu. ” kata Ray. Rona mukanya menggambarkan kemarahan dalamannya.

” Saya pun. ” kata Toshiki. Suaranya perlahan saja. Mungkin dia penat.

” Saya ternanti – nantikan persembahan daripada kamu. Jarang ada gadis yang pandai bermain cello. Tunjukkan bakat kamu pada pentas dunia. ” kata Kanagi sambil bermain dengan rambut Azusa.

Akito segera memukul tangan Kanagi dengan pantas. Mereka tertawa kecil dengan kelakuan Akito. Aki yang tadi perasan tiada perubahan pada Azusa, segera memegang bahu Azusa.

” Saya bukan anak Hinohara kan? “

Mereka terkedu mendengar kata – kata Azusa.

” Saya bukan anak Hinohara kan? Kenapa saya mimpi tentang Kana dan Ryo Hakuji? Dalam masa yang singkat, saya dapat melihat keindahan dan kesengsaraan hidup mereka. Apa kaitan mereka dengan saya? ” tanya Azusa. Riak wajahnya terkandung seribu tanda tanya. Tangannya digenggam kemas.

” Lihat cermin itu. Wajah Kana…mirip wajah saya. Tapi anaknya lelaki, bukan perempuan! ” kata Azusa lagi. Jarinya dituding ke arah cermin. Matanya berkaca. Dadanya berombak menahan sebak.

Mereka memandang cermin dan terdiam. Seribu persoalan bermain di fikiran mereka? Mimpi? Ryo dan Kana? Hidup? Barangkali Azusa mengalami tekanan perasaan ekoran daripada kejadian tadi. Sakima – sensei memegang bahu Azusa.

” Azusa – chan, Ryo Hakuji tidak mempunyai waris. Mereka memang berkahwin tetapi anak sulung mereka mati dalam kemalangan. Begitu juga Kana… ” kata Sakima – sensei. Perlahan tetapi jelas.

Mati? Dalam kemalangan? Mata Azusa menggambarkan sifat ingin tahunya. Sakima – sensei mengeluh seketika.

” Ya. Bayi yang dikandung oleh Kana ialah bakal anak sulung mereka. Kedua – dua mereka mati dalam kemalangan ngeri 14 tahun lalu. “

Azusa membentak.

” Bohong! Sebelum itu, mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki. Kenapa semua orang tak mempercayai kata – kata saya? “

Azusa tetap dengan pendiriannya. Meskipun pada mulanya dia anggap itu satu mimpi tetapi dia merasai satu perubahan yang ketara. Mimpi yang bakal menjadi realiti atau realiti sebuah mimpi? Dia bangun dan memandang ke arah cermin.

‘ Saya yakin dan saya pasti, Keluarga Hinohara ada kaitan dengan kejadian tadi dan kes langgar lari itu. Terutamanya… ‘ desis hati kecilnya.

Dia mencapai cellonya dan berlari keluar. Akito dan Utsumi – senpai segera mengejar Azusa. Mereka yang lain juga ingin mengejar Azusa tetapi dihalang oleh Sakima – sensei.

” Sensei! ” tengking Mizuki tetapi Sakima – sensei tidak berganjak dari kedudukannya.

” Kita tak tahu tentang apa yang Azusa alami. Kita bantu dia dari belakang. Saya mahu kamu semua dengar arahan saya. Faham? ” tegas Sakima – sensei.

Keadaan dalam dewan agak sunyi. Hanya kedengaran alunan muzik instrumental dan bisikan para penonton.

” Sekolah tinggi khas muzik memberikan persembahan yang terbaik. “

” Arisa Hinohara amat berbakat. Patutlah dia diberi keistimewaan untuk bermain sebanyak 2 kali. “

” Permainan Tsukimori Ray dan Azuma Kanagi juga hebat. Mereka mengharumkan nama sekolah Kazenari. “

Ryoko – san bangkit dari tempat duduknya dan pergi ke meja para juri. Matsuyama – san menyerahkan beberapa helai kertas kepada Ryoko – san. Kemudian dia memerhatikan saja tindak tanduk 2 juri lain dan Ryoko – san. Dia tahu rancangan mereka berdua. Dia tahu Hakibara – san dan Eri – san memberi rasuah kepada Ryoko –san.

Hakibara – san menyelitkan sejumlah wang di antara kertas – kertas markah. Senyumannya sungguh menjelikkan. Ryoko –san memandang dia dengan perasaan menyampah. Manusia amat tamak! Apabila dia melangkah ke meja Eri –san, air mukanya berubah. Dia senyum gembira dan menyerahkan sehelai nota kecil kepada Eri – san.

‘ Segalanya berjalan lancar. Serahkan 3 000 000 yen di luar dewan. “

Eri memandang Ryoko dengan perasaan menyampah. Gadis yang naïf! Hanya kerana wang dan nafsu, manusia sanggup mengharungi risiko yang tinggi sama ada kekal rahsia atau kekal selama – lamanya.

Sebaik sahaja Ryoko – san memegang mikrofon, tiba – tiba seluruh dewan menjadi gelap. Suasana dalam dewan riuh rendah dengan suara para penonton yang cemas dan ketakutan. Para juri juga terkejut dengan insiden itu. Seketika kemudian terdengar jeritan beberapa orang di belakang pentas. Krew atasan mula menjalankan tugas mereka.

Tatkala Hakibara –san bangun untuk menyiasat suara di belakang pentas, lampu pentas terbuka dan hanya menerangi piano dan kerusi. Hakibara –san duduk semula selepas ditenangkan oleh Matsuyama –san. Namun, ketenangan itu hanya untuk seketika.

” Maaf tuan dan puan atas kesilapan teknikal. “

Hakibara –san kembali berdiri. Cemas.

” Dipersilakan seorang lagi peserta terakhir dari sekolah Kazenari..”

Hakibara –san mula berpeluh. Itu bukan suara Ryoko –san!

” ..pelajar kelas Sains Forensik dan jurusan tambahan muzik..”

Sebahagian penonton mula berbisik – bisik sesama sendiri apabila sebuah kelibat gadis berambut panjang dapat dilihat dalam keadaan samar – samar. Tetapi ada penonton veteran yang mengenali bayang itu.

” Mustahil! Bukankah… “

” Mungkin pelanduk dua serupa. “

Kelibat itu mula berdiri di tengah pentas. Bawah sinaran lampu utama.

” Gaya itu…itu gaya Ryo Hakuji! “

Sebahagian penonton mula kehairanan. Kebingungan. Kejutan yang tidak dijangka. Adakah sejarah baru bakal terukir? Atau dalang kejadian bakal menunjukkan kebenaran?

“..Azusa Hinohara , dengan lagu Ave Maria versi selo. “

Pandangan mereka bertembung. Eri tenang menghadapi ‘ drama ‘ Azusa dan Azusa berani mempersendakan sejarah Eri.

Apakah ia sebuah pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan?

Siapa yang benar atau yang benar itu palsu?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: