Novel : Cinta si teruna dan dara 9

Nama Pena : gadis timur

“kau jangan buat aku jadi gila taufiq!!!aku takkan terima kerja itu..mati hidup semula pun aku takkan terima!!!!”jerit farisya lagi.nafasnya turun naik menandakan amarahnya sudah berada di paras bahaya.”aku takkan buat kerja terkutuk itu yang akan menjatuhkan maruah aku sebagai perempuan dan jugak nama baik keluarga aku!!!!”

“maruah???sebagai perempuan??hai,sejak bila kau ungkit pasal maruah sebagai perempuan nih hah?setahu aku la,pompuan jenis kau ni memang takde maruah sejak dulu lagi.”kata taufiq dengan angkuhnya.

farisya sudah tidak boleh menahan sabar dek kata-kata lelaki tak guna itu.dengan pantas dia mahu menampar lelaki itu malangnya tangannya sempat disambut.”kau nak tampar aku?aku takkan benarkan kau menampar aku lagi.tapi kali ini biar aku yang menampar kau.pang!!!!!

farisya terpana dengan tamparan kuat daripada taufiq itu.dia merasakan satu cecair keluar di celah bibirnya.darah!!!!”kau…kau memang setan taufiq!!!!kau nak apa lagi dari aku???aku takkan terima kerja terkutuk tu!!!

“kau kena terima jugak..kalau tak…aku akan sebarkan gambar ni kepada seluruh rakyat Malaysia.biar mampus kau!!!kau nak ke jadi terkenal dalam sekelip mata??hah…”kata taufiq dengan suara yang kuat sambil mencengkam kuat dagu farisya.farisya terkejut dengan kata-kata ugutan lelaki itu.air mata farisya berderai dengan lajunya.dia merasakan hidupnya gelap seketika.”apa aku nak buat nih?patut ke aku terima kerja nih?kalau aku terima,jatuhlah maruah aku..tapi..kalau aku tak terima…maruah aku jugak akan jatuh..”

Setelah puas berfikir…”baiklah..aku terima…tapi dengan satu syarat…”

“ok..apa syaratnya…aku harap syarat kau tak pelik-pelik,”kata taufiq dengan serius..

“aku nak kau jangan libatkan emak aku dalam hal ini.hal ini antara kau dan aku sahaja.dan satu lagi,aku taknak kau kacau masa kerja aku kat pejabat.aku hanya ada urusan dengan kau hanya pada waktu malam sahaja!”

“baiklah..aku setuju..tapi ingat…kau kena lunaskan hutang aku sampai habis.apabila dah habis,aku akan bagitahu kat kau.faham!ok aku chow lu…lusa kau akan start kerja kat kelab malam itu.selamat menjadi perempuan kelab malam farisya…hahahahaha,”

Farisya hanya mampu menangis sahaja.hidup aku dah musnah!!!musnah!!!musnah hanya disebabkan seorang lelaki…

**************************

Keesokkan harinya di pejabat…

“aikk farisya..aku tengok kau lain macam aje hari ini?kenapa mata kau sembab semacam je nih?”Tanya milah tatkala melihat farisya asyik mengelamun sejak dari tadi.”kalau kau ada masalah bagitahu lah kat aku.manalah tahu aku boleh tolong kau,”

“err..milah..takde apa-apa la..i’m fine..Cuma aku letih aje..tak cukup tidur..,”balas farisya dengan segera.

“kalau ada masalah jangan kau simpan aje.merana nanti..haa kau nak tahu tak..sekarang nih bos ada tetamu special…kau nak tahu siapa?”kata milah lagi dengan perasaan yang teruja.

“siapa?”Tanya farisya ingin tahu.

“hah,aku pasti kau mesti terkejut beruk punya..model terkenal di Malaysia..ika!!!aku dengar encik adam tu kekasih model tuh,”kata milah dengan bersungguh-sungguh.farisya terkejut dengan kata-kata kawannya itu.kekasih???kenapa aku macam risau semacam je nih??aku takde apa-apa dengan dia pun!!!relaks farisya..be cool… tiba- tiba..

“farisya,bawakkan saya dua cawan kopi dengan segera ok!!!”kedengaran suara adam di telefon.farisya bergegas ke pantry untuk membancuh air kopi..

“ni airnya encik adam dan….”

“cik ika…er….saya rasa macam pernah kenal awak la,”kata ika dengan perasaan yang curiga.farisya dan adam sudah mula lain semacam lagaknya.”ishh mamposlah aku kalau perempuan nih kenal aku.mintak-mintaklah dia tak ingat kejadian kat butik tempoh hari!!!”kata farisya di dalam hati.

“err.takkanlah you kenal setiausaha i nih..lagipun dia bukannya terkenal macam you,”kata adam cepat-cepat.mintaklah dia tak ingat…

Ika hanya mampu ketawa sahaja mendengar pujian daripada lelaki yang amat dia cintai itu.walaupun adam tidak pernah menyatakan rasa cinta kepadanya,tapi dia pasti suatu hari nanti,lelaki itu akan melutut juga dihadapannya..

Hati farisya sudah membahang dengan kata-kata adam.bagi meredakan amarhanya itu,dia bergegas keluar.tiba-tiba hatinya berasa sakit semacam apabila melihat kemesraan antara adam dan ika itu.tiba-tiba..

“uwekkkk!!!eeeeiii air kopi apa nih?”jerit ika dengan kuatnya.farisya yang baru hendak memulas tombol pintu terkejut dengan jeritan kecil gadis itu.adam juga turut terkejut.

“kenapa dengan you ni,ika?”Tanya adam dengan perasaan yang cemas.

“air kopi apa yang setiausaha you buat nih???sangat masin!!!apa dia nak suruh i mati kew dengan penangan kopi nih?”kata ika lagi.matanya mencerlung tajam kearah farisya.semakin lama diamati semakin dia mengenali farisya.tapi di mana yer???

“apa yang telah awak buat nih,farisya?takkanlah nak buat kopi pun tak boleh nak bezakan yang mana satu garam dan yang mana satu gula! awak jangan buat saya naik angin!!!”kata adam kepada farisya.”err..ika you tak apa-apa ker?sorry..my secretry tak betul sikit hari nih.maybe terlebih tidur kot,”sambung adam lagi dengan memerli farisya.

“you patutnya bagi pengajaran sikit kepada secretry you tu.nanti dia pijak kepala you pulak! Baiklah,i pergi dulu.i ada kerja sikit,nanti kita lunch sama-sama yer?”kata ika.

Farisya hanya menunduk kepalanya tatkala ika berlalu di hadapannya.farisya dapat melihat jelingan tajam daripada gadis itu.entah kenapa hatinya menjadi sebak.inilah pertama kali dia merasa begitu hina sekali.entah kenapa…

“hei,farisya..you come here!!!kenapa tercengat kat pintu tuh?apa, nak jadi guard ke???”kata adam dengan nada yang serius.tahap kesabarannya sudah sampai kemuncaknya.dia tidak boleh bersabar lagi dengan sikap gadis itu.”kenapa awak buat kopi ni masin hah?nasib baik saya tak minum lagi,kalau tak…”

“cukup!!! Aku tak sengaja..lagipun kau yang suruh aku buat air kopi,so aku buat jelah.yang kau nak merungut nih apa kes???”marah farisya lagi.mukanya berubah menjadi merah.apa,dia ingat aku takde maruah ker?asyik kena marah aje…

“farisya..dengar sini..mulai dari saat ini saya tak nak perbualan kita diselangi dengan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’.saya tak suka!!!”

“aik…bukan ke selama nih kita beraku dan berengkau…kau silap tidur ke malam tadi encik adam?”perli farisya lagi.setahu aku dia yang mulakan dulu….pelik-pelik…
“kalau awak nak kerja lama kat sini,ikut arahan saya.lagipun tak elok didengar oleh pekerja lain.lagipun saya kan bakal menerajui syarikat ini,so saya kena tunjukkan sikap yang baik kepada semua pekerja di syarikat ini,”jelas adam dengan panjang lebar.

Farisya terkejut dengan kata-kata lelaki itu.buang tebiat ke lelaki nih?ke salah makan ubat??”errr…kau..opssss..a..a..awak….ermmm ishhh susahlah,”rungut farisya lagi.

“apa yang susahnya.just say saya…awak…takkan tak boleh sebut kot..mak bapak tak ajar kew?”

“jangan kaitkan mak bapak dalam hal nih!!! Ok fine!!! Mulai hari ini,saya farisya Abdullah akan ikut segala arahan awak..encik adam mukhriz!!!”kata farisya dengan tegas lalu beredar keluar dari bilik adam.
Adam hanya ketawa melihat telatah gadis itu.tiba-tiba jiwanya riang melihat kerenah gadis itu.sangat cute!!!! Tapi kenapa….kenapa aku rasa bahagia ketika dia berada di hadapan aku???kenapa????

“mak isya dah balik!!!”laung farisya dengan kuatnya.

“hai,awal balik hari ni isya?”Tanya mak jenab lagi.

“alah mak nih,balik lewat salah,balik awal pun salah.kalau macam tu,isya tak payah balik jelah,”balas farisya dengan suara yang merajuk.mak jenab hanya mampu ketawa melihat reaksi anaknya itu.merajuknya tidak akan panjang.”jomlah kita makan.mak masak makanan kegemaran isya nih.maklumlah esok mak nak balik dah.ayam itik kat kampung tuh takde orang jaga.nanti mati kelaparan pulak,”kata mak jenab.

“owh..kalau ayam itik mati,mak kisah.kalau isya mati kelaparan mak ambik kisah tak?kalau boleh hari-hari isya nak rasa makanan daripada air tangan mak nih,”kata farisya.

“ishh budak nih.kesitu pulak!!! Kalau boleh memang mak nak tinggal kat sini.tapi mak ada tanggungjawab kat kampung,”
“yelah tanggungjawab..hehehehe,”balas farisya…

“wah sedapnya lauk hari nih,masakan mak cik memang sedap,”kata ina tiba-tiba mencelah perbualan dua beranak itu.farisya hanya mencebikkan bibirnya sahaja.kalau bab makanan,minah nih memang suka.”amboi….kalau pasal makanan mulalah puji..kalau pasal benda lain tak puji pulak,”sakat farisya kepada temannnya itu.
“weh,kenalah puji makanan..yelah makanan kan satu rezeki..betul kan mak cik?”balas ina lagi.
“yelah tu cik ina wei.hah yang ko bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?”Tanya farisya.dia berasa pelik dengan penampilan temannya itu.lain semacam aje…

“ishhh..aku ada kerja sikit malam nih.alah macam tak biasa tengok aku pakai macam nih.cantik tak?”balas ina lagi.
“cantik..cantik…macam badut..hahahahaha,”
“isya!!!!”marah ina lalu cuba mengejar farisya.kecoh satu rumah dengan gelagat mereka.mak cik jenab hanya mampu ketawa sahaja melihat reaksi mereka.semoga persahabatan mereka terus berkekalan…

Farisya tidak senang duduk pada malam ini.sejam lagi dia akan memulakan tugasnya sebagai perempuan kelab malam.pekerjaan yang paling dia benci…benci!!!!YA ALLAH..ampunkanlah dosa hambaMU ini.aku terpaksa melakukan kerja ini!!!mak…ampunkan isya…

“farisya,nah kau pakai baju nih,”kata taufiq tiba-tiba memecahkan lamunan panjangnya itu.alangkah terkejutnya farisya apabila melihat pakaian yang akan dipakai olehnya.
“weh,jantan!!!kau nak suruh aku pakai baju macam nih?kau dah gila ker…aku tak rela pakai baju seksi macam nih.tak rela..faham tak,”jerit farisya dengan kuat.

“weh pompuan,kau dengar sini!!! Cuba kau fikir,takkanlah kau bekerja kat kelab malam nih pakai baju kurung..or baju jubah..dah hilang akal ker???kau nak kelab ni bankrap ker?

“memang pun!!!”balas farisya dengan selamba.
“apa kau cakap?sudah..aku tak mahu dengar rungutan daripada kau lagi.aku suruh pakai..pakai jelah..ingat nasib kau di tangan aku!cepat bersiap!aku bagi masa sepuluh minit.nanti aku bawa kau jumpa tauke yong.sure dia pasti suka dengan kau!”kata taufiq lagi lalu beredar meninggalkan farisya sendirian di dalam bilik persalinan itu.farisya hanya mampu menangis..hidupku sudah musnah!!!musnah!!!!

Ishh lamanye minah ni bersiap.”farisya..kau dah siap ke belum?tauke yong sedang tunggu kat luar nih,”jerit taufiq dengan lantangnya.”errr..sabar yer tauke yong..perempuan biasalah.nak bersiap mestilah lama..,”kata taufiq kepada tauke yong.

“lu jangan bikin susah sama saya…kalau perempuan itu cantik dan memberi keuntungan kepada perniagaan saya,segala hutang lu akan terlunas..tapi,lu mesti ingat,jika rugi..lu akan tahulah nasib lu,”kata tauke yong berupa ancaman.

“tauke yong janganlah risau.perempuan tu barang baik punya!!!

Tatkala itu,pintu terbuka..dan farisya muncul dengan pakaian yang begitu seksi.terbeliak biji mata tauke yong dan taufiq.cantik!!!! dada farisya berdebar-debar.sekejap-sekejap dia membetulkan baju yang dipakainya..segan apabila melihat dua lelaki yang asyik melihatnya.

“wah..banyak cantik perempuan nih!!!baiklah taufiq,segala hutang lu akan terlunas..pandai lu cari yer,”kata tauke yong.”siapa nama perempuan nih?

“isandra,”kata farisya tiba-tiba.taufiq terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh farisya.dia seakan mahu bersuara tetapi apabila melihat pandangan mata farisya yang tajam terus sahaja niatnya terbantut.teringat akan syarat gadis itu kepadanya tempoh hari.

“wah,banyak cantik lu punya nama.baiklah..malam ni..lu boleh mula bekerja.lu dah tahu kan tugas lu kat kelab malam nih?lu kena layan semua pelanggan kat sini.tak kiralah vip ke vvvip ke..ok?”kata tauke yong panjang lebar lalu beredar meninggalkan farisya dan taufiq.

“kau sangat cantik malam nih,farisya,”puji taufiq.

“sudah!!aku jijik melihat muka kau.dan dengar sini,kat sini jangan sesekali kau sebut nama farisya..ingat! kat sini nama aku ialah isandra…isandra faham????

****************************
Sementara itu….
“weh adam.jom kita lepak kat kelab malam seperti biasa.aku boringla malam nih,”pelawa johan dengan bersungguh-sungguh.

“la..aku ingatkan kau call aku nih sebab ada masalah ker..rupanya nak ajak aku keluar..ermmmm..ok la…jumpa kat tempat biasa.nasib baik my dad takde kat rumah.kalau tak naya aku,”kata adam.

“aku dah tahu ayah kau takde kat rumah.sebab itulah aku ajak kau.cepat sikit datang yer.nanti mati kebosanan pulak kawan kau nih..hahahaha..aku dah berada kat kelab malam dah ni.aku tunggu k…chow!!!”akhiri johan dengan nada yang ceria.

Alunan muzik yang kuat telah melalaikan semua penghuni kelab malam itu termasuklah johan.sedang johan asyik menikmati keseronokkan,matanya tiba-tiba terpandang seorang wanita yang begitu jelita..sangat..sangat..jelita.dan perempuan itu ialah farisya!!!wah cantiknya perempuan tuh,fuh kalaulah aku dapat..aku takkan lepaskan perempuan tuh…”hatinya melonjak-lonjak mahu mengenali perempuan itu..malangnya..

“weh,kau tengok apa tuh?sampai nak terkeluar biji mata kau!”sergah adam dengan tiba-tiba.

“ishh..kau ni adam..kacau daun betul la..baru aje aku nak mengayat perempuan nih.”rungut johan

“kau ni johan..tak pernah berubah.still playboy..perempuan mana pulak yang akan masuk ke dalam perangkap maut kau nih?”Tanya adam lagi.

“cantik perempuan tuh..sangat-sangat cantik..kalau kau tengok mesti kau berkenan punya!!! Tapi ingat..aku chop dulu perempuan tuh,”

“eleh..tak inginnya aku perempuan yang ada kat sini.semuanya tak boleh pakai!!hah..tunjukkan aku macam mana rupa perempuan yang kau puji sangat-sangat tuh”

“hah..jap eh aku cari sekejap..aik..mane perginya perempuan tuh?takkan dah hilang pulak?”johan berasa pelik.tiba-tiba sahaja gadis itu hilang di pandangannya.

“hilang?ishh aku rase kau silap pandang nih.sudahlah…anggap je kau takde jodoh dengan perempuan tuh.kita kat sini kan nak enjoy!!!jomlah kita dance!!!”kata adam lalu menarik tangan johan.kekecewaan jelas terpancar di muka johan..aduh..melepas lagi!!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: