Novel : Kasih Terkubur 2

Nama Pena : AkuManusiaBiasa

“Hihihi…Kita tengok ek nanti Cik Ariana….Kau akan menyesal habis sebab bagi flying kick kat aku..Kalau flying kiss tu boleh jugak aku terima..kikiki”bebel Airiel sorang-sorang sambil melepaskan geramnya..lagi-lagi kalau si Airiel teringatkan kejadian semalam…

“Jatuh ke’macho’an aku sebagai lelaki idaman malaya sebab kene sepak dengan pompuan tiga suku tu semalam…naseb baik kat kelas taekwando tu tak ada budak-budak sekolah aku…tapi…Arghh!! Tensionnye!! Boleh-boleh pulak aku dapat flying kick free semalam”sambung Airiel lagi.

Lepas je abis perhimpunan pagi tu, terus je Airiel bergegas ke blok D iaitu blok yang paling jauh dan paling terpencil kat sekolah nie…kat situla terletaknye kelas Ariana, Airiel dan Khairul..”Bersedialaha dikau Iana!! Sebentar lagi rahsia kau akan aku bongkarkan kat Khairul kesayangan kau tu!!”kata Airiel dengan ketawa jahatnye…bwahahaha…

Dari belakang blok D tu, Airiel ingin menjerit dengan sekuat hatinya”Khair….emmm…”kata-kata Airiel tak dapat di habiskan apabila seseorang menekup mulut Airiel…

**********************************************************

Ariana melihat Airiel terhendap-hendap di sebalik blok D..”pelik..asal pulak dengan si mamat senteng nih?terjengok-jengok…terhendap-hendap…ni mesti ada yang tak kena ni..hmmm…betul,betul,betul…”bebel Iana sorang-sorang apabila ternampakkan musuh ketatnya sejak azali lagi iaitu si Airiel bapak dajal a.k.a the demon king sambil merapati musuh nyer..

“Masya-Allah!!!Khairul!!!Mati lah aku kali ni..mesti mamat senteng nie nak panggil buah hati pengarang jantung aku tu”kata Iana dalam hati apabila teringatkan ugutan bapak dajal ni semalam.

Tepat sekali jangkaanku, aku melihat bapak dajal ni menarik nafas sambil ingin menyebut ‘Khairul’ tetapi sebelum sempat dia habiskan panggilan nama tu, aku cepat-cepat tutup mulut mamat senteng+laser=tiga suku nih…

**********************************************************

“Isshh!!Sapa pulak yang tekup muka aku nih..kacau steambot tul la..baru aku nak jalankan plan masterpiece evil aku tadi…adushh…semak bin menyemak betollah…sapa pulak yang berani nak potong line aku ni..setahu aku tadi line clear…macam clean & clear gitu lorh”hati Airiel memberontak apabila rancangannya untuk mengenakan minah tiga suku a.k.a Iana tu terbantut ibarat tumbesaran terbantut..

**********************************************************

“Hoi!!!Yukkk!!!Eeiiiii…Budus la kau mamat senteng…takda keja lain ke kau nak buat hah?!benda kotor macam nie jugak kau buat!!eeiihh!!!”kata Iana yang terpaksa melepaskan tangannya yang dijilat-jilat oleh Airiel sambil mengesat tangannye di baju Airiel yang putih bersih macam dalam iklan Fab Total tuh..ishh mamat nie…takde benda lain ke dia nak buat…pengotor gile!!

“Padanla dengan muka kau.Sapa yang suruh kau tekup muka aku sesedap rase mee sedap asam pedas masa aku nak jalankan plan jahat aku.bwahahaha..best tak aku jilat?Nak lagi tak?Nak kat mane pulak?Kat pipi?Ke kau nak kat mulut?Aku okey je.”kata Airiel yang juga merupakan buaya tembaga yang terkenal kat sekolah nie oleh disebabkan mukanye yang terlebih macho tu….

“Woi!!Makan boleh sebarang makan.Cakap jangan sebarang cakap.Tak hingin aku.Aku lebih rela dijilat kucing parsi kat rumah aku tu.Bersih lagi suci.Kau tu entah gosok gigi ke tak pagi tadi?!Menjijikkan kau tau tak?!And for your information Mr.Airiel Zaqri bin Dato’ Azahari, aku tekup muka kau sebab aku tau kau nak jalankan evil plan kau macam yang kau cakap tadi dan semalam, tolol!!”bahas Iana ala-ala bahas Parlimen..kikiki…

“Woi!!Kau tu yang tolol!!Biarla aku nak bagitau Khairul yang kau suke die..lagipun, ini adalah sebagai salah satu cara untuk aku membalas dendam perbuatan kau semalam yang telah menjatuhkan air muka aku sebagai jejak idaman semalaya”bidas Airiel yang mewakili ‘pihak pembangkang’ sambil ingin menjerit memanggil nama Khairul sekali lagi..

**********************************************************

Alamak.Mati aku.Dia nak bagitau jugak ke?!Ishh.takleh jadi nie..aku kena halang die jugak.

Iana menarik Airiel ke belakang blok D bagi menghalang niat jahat Airiel yang ingin menjatuhkan air muka nye yang comel lote nie..

“Ishh..Ape nie Iana?! Lepasla..”kata Airiel sambil meronta-ronta nak melepaskan diri.Iyelah.Walaupun si Iana ni pompuan tapi oleh disebabkan die nie belajar taekwando yang menyebabkan die nie kuat macam laki.

Tiba-tiba, Airiel yang dah melepaskan diri dari pegangan Iana tersadung batu yang ada kat belakang blok tu..Terjatuh la sang pria dan melanggar sang puteri..maka kedua-duanya pon jatuh dimana Airiel dihempap oleh Iana yang tubuhnya yang kecil molek itu..

*******************************************************

“Aduhh..sakitnya..”kata Airiel sambil mendongakkan kepala. Apabila mendongakkan kepalanya dengan serta merta pergerakannya terkaku. Matanye bertentang mata dengan Iana…kedua-duenya terdiam untuk beberapa ketika….

******************************************************

“Aduh…sakitnye…mamat nie kalau nak langgar aku pun agak-agak la…macam nak langgar dinding konkrit je.”kata Iana jauh di sudut hatinya. Ketika dia mengangkat kepala untuk sound si Airiel ni, pergerakannya kaku..

Wajah Airiel dan Iana hanye 2 inchi saja jauhnya. Mata bertentang mata.

Dup Dap Dup Dap Dup Dap…”asal tiba-tiba je jantung aku berdegup laju nie? Macam baru lepas lari 1000 meter tanpa henti je”sambung Iana lagi…

Selepas beberapa minit, baru diorang berdua ni sedar…lantas Iana dan Airiel menoleh ke arah yang berlainan bagi menghalau debaran yang bertandang di tangkai hati masing-masing. Kemudian, mereka berdua bergerak ke kelas untuk menyambung pembelajaran memandangkan mereka merupakan calon-calon SPM yang akan berlangsung tidak sampai dua bulan pun lagi.

************************************************************

“Hai sayang. Sayang tengah buat ape tu? Rindu kat Sasha tak?”tibe-tibe je Sasha atau name penuhnye Nurul Adrenalin Natasha binti Dato’ Mazfur menyampuk dengan liuk lentoknye yang gediks ketika aku dan Airiel duduk di bawah pokok ketika waktu rehat bersama-sama dengan Khairul.

“Hai….Kucing parsi….Boleh aku tanye sikit tak? Sapa sayang kau kat sini?”tanye aku sambil meniru gayanya bercakap.”You…You ke sayang si Sasha nie?”aku bertanye kepada Airiel ala ala manje gitu…”E’eh..Mane ade..Kau ke sayang die Khairul?”tanye Airiel kepada Khairul pulak.

Khairul pulak membidas kata-kata Airiel”Euww please..takde maknanya aku bersayang sayang dengan kucing parsi ni.tak terjaga doh nanti.manje+menggedik=menggediksss.penat dowh nak jage kucing parsi type macam nie.baik aku amik si Iana ni jadi kucing parsi aku lagi best, betul tak Airiel?”

“Hmmm….Betul.Betul.Betul.”balas Airiel menyokong fakta yang dinyatakan oleh sahabat karibnya itu.

Muka Iana berubah kemerah-merahan ketika mendengar ayat keramat yang terkeluar daripada mulut Khairul tadi…Tapi, bagi men’cover’ kemaluan yang ditanggung oleh ‘beliau’,’beliau’ pun buat donno jek…

Selepas habis Airiel berkata-kata, serentak mereka bertiga ketawa terbahak-bahak..bukan sebab lawak yang Airiel dan Khairul buat tetapi sebab ekspresi muka yang dibuat oleh Natasha sebelum dia berambus pergi sambil menghentak-hentak kakinye..Aman balik dunia nih lepas dia tu berambus…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: