Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 12

Nama Pena : anarif

Marjan menarik zip yang menjadi pintu khemahnya, menguap panjang. Tadi, lepas subuh, terus dia tertidur semula. Susah betul dia mahu tidur di dalam khemah. Maklumlah, selama ini, tidak pernah dia tidur tidak bertilam. Kali ini, bukan setakat tidak bertilam, lantainya tanah semata. Cuma dilapisi kanvas sahaja.

Marjan betul-betul tidak selesa. Sakit satu badannya.

Memang bertuah betul Lu’lu’ ni. macam tau-tau je aku ni orang tak pernah miskin. Ish.

Marjan menegakkan badan sebaik badannya sudah keluar dari khemah sepenuhnya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Perutnya berbunyi meminta diisi.

Aduh, lapar pulak. Nak makan kat mana ni? mandi? Argh! Aku benci berada dalam keadaan ni! kalau aku terima je tawaran si Fahim dan tunduk pada Lu’lu’ sekejap semalam, mesti aku tak payah fikir pasal ni. ish, masalah Negara betul.

Khemah remaja lelaki yang berada berdekatannya semalam lengang di luarnya. Nampaknya, mereka masih belum mencelikkan mata. Lupa pula Marjan mahu bertanya di mana mereka mandi. Takkan biar badan melekit air laut je? Allah, tak kuasa aku!

Dia meregangkan otot-ototnya. Ligat berfikir. Nak mandi kat mana ni? tak payah mandi? Gosok gigi dan basuh muka saja? Lepas tu, sembur perfume banyak-banyak? Hmm, idea yang bagus jugak tu. Marjan mengorek beg pakaiannya, dikeluarkan berus gigi dan ubat gigi. Menuju ke paip yang disediakan bagi memberi kemudahan air bersih untuk mereka yang berkhemah.

Dibuka pili, membasuh muka yang berselepat dengan tahi mata dan air liur basi. Kemudian, dia menggosok giginya. Pakaian ditukar dan dompet diambil. Dia mahu ke restoran hotel untuk mengisi perut yang sudah menyanyi irama dondang sayang bercampur rock.

“Marjan!” Marjan menoleh pantas. Mira berlari anak berjalan pantas mendapatkan Marjan yang tersenyum nipis. Marjan baru sahaja memanjat tangga dari pantai naik ke hotel.

“Mira,” dia ni pun bangun lambat ke?

Mira memandang sekeliling, mencari-cari sesuatu atau seseorang lagaknya.

“mana Lu’lu’?” gulp!

“err, dia tak bangun lagi. Penat semalam kot.” Dalih Marjan.

Mana lah aku tau perempuan tu pergi mana. Dalam bilik dia la kot?

Mira senyum simpul.

“penat? Hei, you all dating sampai pukul berapa semalam hah? Ingat aku tak Nampak ke?” oh, dia Nampak ek?

Marjan sengih saja. Tidak tahu apa yang patut dijawab.

“oh, by the way, kita ada aktiviti petang ni. we will start at 2, ok? Pukul 2, berkumpul di pantai. Ok? Tell Lu’lu’ tau. Bye.”

“ok, bye.” Marjan menghantar Mira pergi bersama nafas lega.

Mana Lu’lu’? tidur lagi ke? Nak cari dia or makan dulu? Ah, baik aku makan dulu. Kang, pergi cari dia dulu, mati kebulur jugak aku tengah jalan.

Marjan meneruskan hasratnya. Ke restoran. Buffet yang disediakan begitu menyelerakan. Ada fish and chips, nasi goreng, roti bakar, nasi lemak, bubur nasi dan bermacam jenis makanan lagi. Marjan mengambil sepinggan fish and chips dan segelas fresh orange. Dia mengambil tempat di sebuah table for two di beranda, mahu menikmati bayu pantai sambil makan.

Baru sahaja Marjan mahu menyuap, seseorang mendekati mejanya.

“may I join you?” Marjan angkat muka, Fahim.

Marjan angguk senang.

Fahim mengambil tempat di depannya. Bersama sepinggan nasi lemak dan secawan teh.

Mereka mula menyuap.

Fahim berdehem perlahan.

“err, Marjan, saya nak minta maaf pasal semalam.” Marjan terhenti mengunyah seketika. semalam? Apa yang jadi semalam? Ooh, lupa pulak. Ish, macam mana boleh lupa ni?

Marjan angguk perlahan.

“it’s ok.”

Fahim senyum kelat.

Matanya melilau sekeliling.

“Lu’lu’ tak makan ke?” Marjan geleng.

“tak, dia tak nak, nak tidur.” Bohong saja aku ni.

Fahim mengerutkan dahinya.

“dia tak nak makan? As far as I’m concern, dia tak pernah skip breakfast. Dia ada gastric tu.” Marjan terdiam, pandangannya mati pada wajah Fahim lama membuatkan Fahim serba-salah.

“I’m sorry if it seems that I’m meddling in your relationship, but I’m just telling you the truth.” Fahim membela diri.

Marjan mencapai gelasnya, diteguk air perlahan. Kemudian diletakkan gelasnya perlahan. Dia menatap wajah Fahim kembali, mengeluh kecil.

“apa lagi yang kau tau pasal Lu’lu’?” soal Marjan serius.

Melihatkan wajah serius Marjan, Fahim meletakkan sudunya, tidak jadi menyuap.

“kenapa kau nak tau?” soal Fahim kembali. Marjan ketawa kecil.

Dia ni memang pandang aku sebagai seorang musuh nampaknya. Hmm, kita tunggu dan lihat jelah apa nak jadi.

“because just now you seem to know a lot about her, so, I want to know what that “lot” is. Lagipun, sekarang, dia dengan saya. Kau siapa pada dia?” cucuk Marjan. Dia mahu melihat sejauh mana Fahim sanggup pergi kerana Lu’lu’.

Fahim garu dahi, senyum sinis.

“I’m sorry to say this, but I know she still loves me.” Bicara Fahim angkuh.

Marjan pula ketawa sinis. Bila entah aku bercinta dengan dia?

“habis, kau ingat aku dengan dia, apa? Abang dengan adik?” yang sebetulnya, majikan dan pekerja. Haha.

Fahim jungkit bahu.

“I don’t know, but I”m sure she is just using you to escape from her real feelings and to forget our memory.” Yakin Fahim berbicara.

Marjan senyum lagi.

“I think you know she hates you.” Marjan mengingatkan.

Fahim terdiam. Mengetap bibir.

Marjan membuang pandang ke laut.

“Fahim, if you really love her, why did you leave her when she needed you the most?” Marjan mempersoalkan. Mahu melihat reaksi Fahim jika dia tahu Marjan mengetahui kisah lama mereka.

Fahim menatap Marjan tajam. Ada riak tidak puas hati di wajahnya.

“apa yang kau tahu tentang hal dulu?” soal Fahim dalam suara yang tertahan-tahan. Menahan geramnya.

Marjan senyum sinis. After all, you started it, Fahim.

Marjan menyuap makanan ke dalam mulutnya selamba. Membiarkan Fahim menunggu.

“banyak jugak. Yang kau tinggalkan dia sedangkan dia amat memerlukan kau semasa kematian mak dia, dia tukar sekolah kerana kau, banyak lagi lah. Nak cakap sekarang aku rasa tak payahlah. Buang masa je. Kau sejarah dia. Sejarah yang dia tak nak ingat lagi. So, aku harap kau faham.” Selamba dan sinis.

Fahim mendengus kasar.

“Lu’lu’ hak aku. Dulu dan sekarang. Aku tau dia akan kembali pada aku. Kau tunggu dan lihat saja.” Fahim menolak kerusi kasar, bangun meninggalkan Marjan yang menahan tawa.

Bodoh betul. Mati-mati dia ingat aku bercinta dengan Lu’lu’? hai, Lu’lu’, ada jugak orang nak kat engkau.

Marjan menghabiskan makanannya. Acap kali matanya melihat lebihan nasi lemak dan air teh Fahim yang Cuma sedikit bersentuh, Marjan senyum sendiri.

Selesai makan dan membayar, Marjan mencari bilik Lu’lu’. Diketuknya berkali-kali, tiada jawapan. Marjan berdiri di balkoni yang menghadap ke jalan raya.

“mana dia pergi? Ish, menyusahkan orang betullah.” Rungut Marjan sendiri.

Tiba-tiba, matanya menangkap satu susuk tubuh yang berjalan di kaki lima jalan sendirian.

Laa, pergi shopping ke?

Marjan menuruni tangga pantas. Menanti Lu’lu’ di depan tangga.

Lu’lu’ yang melihat Marjan tegak menanti di depan tangga memperlahankan langkahnya. Dia tunggu aku ke? Takkanlah.

Lu’lu’ melajukan langkahnya melintasi Marjan. Tiada teguran sinis, tiada senyuman.

Marjan angkat kening. Hairan. Memusingkan badannya, menurut langkah Lu’lu’ memanjat tangga.

“cik Lu’lu’ ke mana?” soal Marjan.

Lu’lu’ mendengus kecil.

“suka hati saya lah nak pergi mana pun.” Tingkah Lu’lu’.

Marjan senyum sinis. Oh, dia masih Lu’lu’ yang sama. Hehe.

“saya ni bukan apa, dato dah amanahkan saya untuk jaga cik Lu’lu’, kalau cik Lu’lu’ hilang ke, kena culik ke, siapa yang susah? Saya jugak!” jawab Marjan selamba.

Lu’lu’ menjeling Marjan tajam.

“awak ingat saya ni budak kecik ke? Tolong sikit eh.” Marah Lu’lu’.

Marjan senyum lagi. Jungkit bahu.

“oo, dah besar rupanya. Ingatkan kecik lagi.”

Lu’lu’ tidak menjawab. Geram.

“dah makan?” soal Marjan lagi.

Lu’lu’ mengerling tajam.

“kenapa sibuk nak tau?”

Marjan jungkit bahu.

“yelah, sebab ada orang beritahu saya, cik Lu’lu’ ada gastric. Kalau saya tak bagi cik Lu’lu’ makan betul-betul, kalau cik Lu’lu’ sakit, siapa yang kena jawab dengan dato? Saya jugak kan?”

Langkah Lu’lu’ terhenti. Mereka sudah sampai di tingkat bilik Lu’lu’. Menatap wajah Marjan serius.

“siapa beritahu awak?”

Marjan jungkit bahu.

“adalah orangnya. Mana boleh beritahu.” Dalih Marjan.

Lu’lu’ ketap bibir. Gila la dia ni!

Lu’lu’ meneruskan langkahnya. Marjan setia di belakang.

“cik Lu’lu’, aktiviti kita start petang ni, pukul 2. Jumpa kat pantai, ok?”

Lu’lu’ mendengus kecil.

“saya tak nak turun.”

Marjan protes.

“laa, kenapa pulak?”

Lu’lu’ mendengus lagi. Marah.

“suka hati sayalah.”

Pintu bilik sudah dibuka. Lu’lu’ menguak pintu. Marjan menahan, wajahnya beriak tidak puas hati.

“cik Lu’lu’ kena turun.” Tegas suara Marjan.

Lu’lu’ ketap bibir.

Kaki Marjan yang menghalang laluannya dikerling. Sepantas kilat, dia menendang betis kaki kanan Marjan kuat membuatkan Marjan terjatuh lantaran hilang imbangan kerana terkejut dan kesakitan. Lu’lu’ senyum puas.

“padan muka! Banyak mulut! Saya tak nak turun, suka hati sayalah!” Lu’lu’ terus menguak pintu dan masuk, meninggalkan Marjan mengaduh kesakitan.

Digosok-gosok betisnya perlahan. Kuat jugak kaki dia ni. mau patah betis kering aku! Dengan terjingkit-jingkit, Marjan berdiri. Dia mendekatkan mukanya dengan pintu bilik Lu’lu’, menjerit kuat.

“kalau cik Lu’lu’ tak turun, saya akan beritahu hubungan sebenar kita pada Fahim. Try me!”

Marjan mengeluh kecil seraya berlalu pergi bersama kesakitan yang menjalar di betisnya.

Lu’lu’ yang bersandar di pintu meraup wajahnya. Suara Marjan sudah tidak kedengaran. Mesti dia dah pergi.

Lu’lu’ menghampir meja kecil di tengah-tengah ruang itu, menarik satu kerusi dan duduk.

Dia menongkat kepalanya. What happened to me? Kenapa, dia pula yang muncul dalam mimpi aku? Marjan, apa yang sedang berlaku pada aku sebenarnya? Apa yang kau dah lakukan?

Seketika, Lu’lu’ tergelak sendiri. Mengingatkan Marjan jatuh sebentar tadi. Tindakannya menendang Marjan begitu spontan. Tidak sempat ditimbangkan, kakinya telah bertindak. Hari tu, dah jatuh dah. Hari ni, jatuh lagi. Malang betul engkau.

Dan tiba-tiba, dia mengeluh pula. Dah lama aku tak gembira macam ni. dia dapat merasakan satu perasaan yang sudah lama dipendam di lubuk hatinya, terpendam kerana dendam. kerana diakah aku begini?

Dan ingatannya menerjah ke seseorang. Mama. Lu’lu’ mengeluh lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: