Novel : She’s my maid 14

Nama Pena : oRkId eDyliYnE

“Oi abang Emir,” panggil Ara sambil menarik lengan baju abangnya itu setelah dia keluar dari dapur. Selesai membalut kesan melecur Asha yang terjadi kerananya.

“Apa?” Diikutkan sahaja tangan adiknya itu menarik lengan bajunya.

“Apa kau buat dengan Asha?” duga Ara sambil menuding jari runcingnya itu. Wajahnya disiriuskan dan matanya dikecilnya. Macam berat je perkara yang hendak dia tahu itu.

“Buat apa? Kan abang kata tangan Asha kena kuali,” jelas Emir bersahaja. Ingat nak takutlah tu dengan muka sirius Ara. Macam dia tak tahu muka belakon adinya itu.

“Cakap betul-betul abang Emir… Aku cakap mama dengan papa nanti kau mengatal dengan anak dara orang. Maid pula tu… Aku cakap…” ugut Ara dengan nada yang meleret-leret.

“Hei. Maid pun manusia jugalah. Apa abang heran? Bukannya selalu…” Emir mencebik dan berlalu buat tak tahu je dengan ugutan adiknya itu.

“Abang Emir. Kejaplah,” getus Ara sambil menarik kembali abangnya ke tepi dinding tadi. Orang belum habis cakap lagi ada hati nak berlalu.

“Kau ni kenapa Ara? Busy body eh?” Giliran Emir pula menuding jarinya pada wajah adiknya. Sibuk nak tahu hal orang. Buat kerja sendiri dahlah.

“Kau sukakan Asha eh?”

“Kalau ye pun kenapa?”

“Abang kau dah gila eh? Dia tu…”

“Maid? Our maid? So what? Kau tu boleh couple dengan budak ulu tu. Tak apa je abang tengok. Bergayut dengan telifon macam monyet tak cukup bulan,” tungkas Emir mengutuk teman lelaki adiknya itu.

“Abang… Wakif tu orang juga ok…” Mata Ara membulat kerana teman lelakinya dikutuk begitu.

“So, yang abang suka pun manusia juga. Salah ke? Kena tangkap polis ke? Kena masuk lock up ke? Tak kan? Tak kan?” bebel Emir tak putus. Pantas mulutnya berceloteh macam bertih jagung baru nak masak.

“Aku belum habis cakaplah abang Emir. Aku nak cakap…”

“Cakap apa? Abang tak layak untuk dia? Abang…”

“Haish kau ni… Aku nak cakap dia cakap kau menyakitkan hati dia. Maknanya dia tak sukakan engkau lah kan? Dia menyampah dengan kau lah kan?”

Emir terkedu mendengar apa yang diucapkan Ara. Kenapa bila Asha cakap terus pada dia, dia tak kisah pun. Tapi bila ada orang lain yang cakap dan menyatakan yang Asha cakap dia tu menyakitkan hati, dia terasa. Padahal datangnya dari orang yang sama.

“Hah? Kau nak cakap apa sekarang?” Ara menduga abangnya itu lagi. Sengaja nak uji abangnya itu. Tengok sejauh mana abangnya itu akan melenting dan mempertahankan hujahnya seperti selalu. Yelah orang wakil debat peringkat negerilah katakan.

“Kau pergilah buat apa yang abang suruh tu…” getus Emir tiba-tiba kesayuan. Nak menangis nanti jadi tak macho. Jadi, tunjuk muka kesian je.

‘Eh? Terasa ke abang aku ni? Abang Emir aku uji kau je tadi tu.’ Ara mula rasa bersalah melihat Emir berlalu dengan muka tak berperasaannya itu.

Ara menjenguk dapur. Asha dari tadi sudah meneruskan kerja memasaknya. Pakar sungguh cara Asha memasak. Dia ingatkan Asha tak pandai masak sebab selalunya Bik Ita dan Bik Lina yang masak. Asha tolong berkemas je.

Dikerling pula pada Emir. Duduk menghadap television sambil tangannya menari-nari atas alat kawalan jauh. Macam muka orang putus cinta pun ada juga.

Ara mula menggaru kepala.

“Abang Emir,” panggil Ara. Suka betul dia menguji abangnya itu.

Emir buat tak tahu. Wajahnya lansung tidak dipalingkan seakan tak dengar dengan panggilan Ara.

Ara tersenyum nakal. Senang je nak baikkan rajuk abangnya itu. Dia sensitif kalau barang yang disayangnya dikacau. Jadi…

“Abang Emir. Asha kena kaca,” jerit Ara cemas.

“Hah?” Kedengaran suara binggung Asha di dapur.

“Apa?” Emir bergegas bangun dan tak sempat nak letak betul-betul alat kawalan jauh. Dia campak je atas sofa.

Berlari-lari dia ke dapur.

“Asha ok ke?” tanya Emir ketika melihat muka tak pasti yang Asha tunjukkan padanya.

“Kenapa awak ni Xiah celup? Saya tak ok ke, awak yang tak ok? Tak sihat ke? Tadi kena hujan dah mandi belum?” tanya Asha selamba berseloroh. Yelah macam tak berapa betul je otak si Emir ni dia tengok.

Tadi sergah dia sampai dia kena kuali. Sekarang, menerpa dapur macam kucing nak beranak. Tak faham.

Tawa Ara terhambur mendengar kata-kata Asha. Dia dah agak reaksi abangnya itu. Senang je nak tarik perhatian Emir ni kalau dia merajuk tak tentu pasal.

Emir berpaling pandang Ara yang dah terduduk sambil menahan tawa yang masih berbaki. Satu lagi benda yang boleh dibuat bahan mendengki abangnya itu.

Merah muka Emir menahan geram. Dahlah terkecil hati, ni kena mainkan pula.

“Ke awak lapar sangat sampai jadi macam ni?” tanya Asha lagi dengan muka tidak bersalahnya.

“Ni saya dah siap masak ni kalau lapar sangat.” Asha menambah lagi membuatkan muka Emir bertambah merah.

“Saya tak laparlah.” Emir membentak bagaikan budak kecil dan terus berlalu dari dapur. Pantas kakinya mendaki anak tangga untuk ke biliknya.

Sampai di bilik, tubuhnya terus dihumban ke tilam. Muka ditekup dengan bantal.

Dalam geram macam tu, matanya mula berat hendak diangkat. Tambahan lagi dengan air hujan yang mencurah dekat luar, kesejukkan bilik tidurnya yang harmoni dan penuh dengan barang-barang kesayanggannya itu. Selesanya.

“Abang Emir!” Kedengaran jeritan Ara di luar bilik sambil pintu diketuk keras dari luar.

‘Ish apa lagilah budak ni nak kenakan aku,’ gertu hati Emir sambil berpaling menekup telinganya dengan bantal.

Sekali lagi kedengaran Ara membebel di luar.

“Asha?” Dia mengalih bantal tadi kerana terdengar ada nama Asha yang disebut adiknya tadi. Apa yang Ara membebel dia tak dengar. Nama Asha dia dengar pula.

“Kau nak apa lagi?” tanya Emir kembali.

“Asha gastrik!” Suara jeritan Ara kedengaran sayup-sayup kerana dihalang pintu kayu biliknya itu.

“What?” Terjerit dia mendengarnnya. Macam salah dengar. Tapi takkanlah. Pintu biliknya diserbu dan dibuka kasar.

“Asha gastrik. Teruk…” adu Ara dengan muka risaunya.

“Teruk? Tipu. Kau ingat abang nak percaya?” bidas Emir kembali dengan muka mencebik. Dijengul juga hendak melihat betul ke kerana dari depan biliknya itu boleh terus nampak meja makan dekat tingkat bawah sekali. Meja makan dekat dengan pintu dapur. Maknanya bolehlah curi-curi tengok.

“Kau ingat aku nak tipu ke benda macam ni? Dia dah terduduk dekat dapur tu macam teruk je. Cepatlah abang Emir. Kau nak ke jadi apa-apa pada dia?” Ara mula menunjukkan riak kasihannya kerana abangnya itu tidak percaya.

“Kau tipu abang lagi, kau jangan nak minta tolong abang eh,” getus Emir sambil berlalu. Berjalan selamba kemudian berlari-lari anak dan seterusnya dengan pantas dia bermaraton. Risau juga sebenarnya.

Sampai sahaja di dapur, dilihatnya Asha terduduk di lantai dapur. Muka merah macam dah nak sama warna dengan buah epal.

“Awak ok tak ni? Awak boleh jalan tak?” tanya Emir kalut melihat Asha begitu. Pusing ke kiri dan ke kanan seakan mencari sesuatu.

“Awak nampak saya ok eh? Tahniah saya dah pandai berlakon rupanya,” bebel Asha dengan suara orang menahan sakit. Apalah Emir ni.

“Dalam rumah ni tak ada orang yang ada gastrik. Awak ada ubat gastrik tak?” tanya Emir lagi. Wajahnya mula berkerut. Nak diapakan dia buntu. Selalu dekat hospital tak pernah jadi buntu. Dengan Asha je buntu. Ish parah.

Asha menggeleng pantas. Emir ni ke hulu ke hilir lagi menyesakkan kepala adalah. Orang sakit dia boleh nak bersenam pula dekat dalam dapur ni.

“Haish awak ni,” gumam Emir sambil terus melulu mengangkat tubuh Asha membuatkan Asha terkedu.

Dada Emir betul-betul depan mukanya. Bau wangian yang dipakai Emir mula menyerbu masuk menggantikan bau masakkannya tadi kepada bau Emir. Matanya terbuka dan tertutup tanpa disedarinya.

Pantas kaki Emir berjalan. Kunci porschenya di atas meja berdekatan dengan tangga. Keluar sahaja dari pintu depan, dilihatnya keluarganya sudah balik.

“Emir. Apa kamu buat dengan anak dara orang tu?” tanya Puan Sri Juria pelik dengan kekalutan anaknya itu dengan Asha digendongannya.

Emir terkesima dengan teguran itu. Mukanya mula terasa panas. Hendak dilepaskan Asha tapi kesian nanti buah hati menyembah lantai.

“Nak bawa pergi klinik ma. Gastrik,” serbu Ara menjawab soalan mamanya.

Lut di dalam kereta kelihatan kecewa melihat Asha diangkat begitu. Semenjak dia tahu Asha anak orang kaya, dia sering kali cuba lari dari bertemu Asha. Tapi kadang-kala kesian juga bila Asha meminta-minta hendak bermain bola keranjang dengannya. Dilayankan sahaja. Tapi hatinya, hanya disimpan sahaja tidak diluahkan untuk gadis yang pernah hinggap di tangkai hatinya itu.

“Hah. Hati-hati pandu kereta tu. Hujan-hujan ni. Ke nak suruh Lut hantarkan?” tanya papa pula yang baru turun dari kereta.

“Tak apa pa. Emir boleh hantar.” Dia terus bergegas mendapatkan keretanya. Tak menyempat. Kan senang Lut je yang hantar. Engine kereta memang tengah panas.

Tan Sri Kamil menggeleng dan tersenyum.

“Ara. Dah makan? Ni angkat barang-barang ni. Mak cik kamu kirim,” arah Puan Sri Juria sambil membawa beg tangan dan barang yang tercapai dek tangannya untuk dibawa turun.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: