Novel : Antara Benci dan Rindu 37

Nama Pena : Ida Farisya

Laungan azan dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur istimewaku pagi itu. Terpisat-pisat aku sendirian. Terasa payah benar mataku hendak dibuka. Mataku masih dikuasai rasa mengantuk yang amat sangat. Maklumlah, kami tidur agak lewat. Kenapa? Aku tersenyum sendirian. Lalu, aku berpaling merenung wajah seseorang yang masih pulas tidur disebelahku. Nampaknya seruan azan masih juga gagal mengejutkan suamiku ini. Nyenyak benar tidurnya. Tidak sampai hati pula aku hendak mengejutkannya bangun. Tapi tuntutan Ilahi juga tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang Islam terhadap penciptanya, aku memutuskan untuk bangun dahulu. Membiarkan suami menyambung tidurnya itu. Namun, aku terasa pelik ketika cuba mengalihkan tangannya yang melingkari pinggangku. Tangannya berat sekali untuk diangkat. Aku mencuba lagi. Masih tidak berjaya dialihkan. Ishh, tangan batu ke ni? Aku bermonolog sendiri.

“Sayang buat apa tu?” Terlepas pegangan tanganku sebaik sahaja terdengar bisikan lembut di telingaku. Nafasku bergolak kencang.

“Hei, abanglah! Kenapa terkejut sangat ni?” Yusrizal mengeratkan pelukannya ditubuhku. Cuba meredakan rasa terperanjatku ini.

Aku mengurut dadaku yang hanya ditutupi gebar. “Awak selalu buat saya terkejut. Lama-lama boleh mati saya tahu tak?” Kataku sambil menghadiahkan jelingan manja buat dirinya.

Suamiku itu hanya tersengih. Mungkin menyedari kesilapan diri. “Sorry, janji tak buat lagi!” Yusrizal mengangkat tangan seolah-olah berikrar pada diri sendiri.

“Janji tak buat lagi?” Dugaku. Sengaja mengambil berat perkara enteng. Yusrizal menganggukkan kepala. Setelah berpuas hati aku kembali melakukan perkara yang tertangguh sebentar tadi.

“Eh, sayang nak pergi mana tu?” Yusrizal masih jua tidak mahu melepaskan lingkaran lengannya di pinggangku. Pelukan yang sedikit longgar dieratkan kembali.

“Dah subuhlah Rizal. Saya nak bangun, solat!”

“Alah, awal lagilah sayang. Kejap lagilah kita bangun. Sekarang Ifa temankan abang dulu ek? Abang tak puas lagi dengan Ifa ni!” Rengek suamiku.

Mataku sedikit terbuka luas apabila dia berkata begitu. Serta-merta wajahku merintik merah apabila suamiku mengungkitkan tentang hal malam tadi. Aku malu! Yusrizal yang menyedari perubahan pada wajahku ketawa kecil. Sebuah kucupan di hadiahkan buatku.

“Blushing pulak dia. Takkan segan dengan abang lagi kot?”

“Takde la,” sangkalku. Wajahku cuba dilarikan dari pandangan matanya.

“Yeke?”

Soalan Yusrizal makin membuatkan aku bertambah malu. Terasa membahang pipiku saat itu. Tiada jalan lain melainkan menyembunyikan wajahku di dada gagahnya yang tidak berbaju. Makin galak ketawa Yusrizal memecah keheningan pagi di honeymoon suite ini.

“Tak perlu nak malu dengan abang sayang. Abang suami Ifa. Mulai hari ini sudah tidak ada rahsia antara kita lagi,” ujar Yusrizal sambil mendongakkan daguku. Mataku berbalas pandang dengan matanya. Masing-masing tidak mahu kalah. Tidak sedikit pun mataku dan matanya berkelip memandang satu sama lain. Tapi saat wajahnya sudah mendekat aku segera menolak dadanya lembut agar menjauhiku. Kukira aku tahu apa yang mahu dilakukan suamiku itu.

“Awak nak ambil kesempatan ek?”

“Apa pulak ambil kesempatan. Abang cuma nak curahkan kasih sayang abang buat Ifa yang dah lama tertangguh ni,” jelas Yusrizal cuba membela diri. Sedangkan aku lebih tahu apa dalam fikirannya itu.

“Apa-apa jelah Rizal. Tapi tolonglah alihkan tangan awak. Saya nak nak bangun ni. Kang tak sempat pulak nak mandi. Nak solat lagi!”

Tiba-tiba suamiku itu menarik sengih. “Nak mandi? Macam pelik je abang dengar. Selalunya sayang solat dulu baru mandi. Ni kenapa tetiba je nak mandi awal pulak?”

Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati apabila dikenakan. Sudah tahu lagi mahu bertanya. Sengaja mahu membuatkan pipiku merona merah menahan malu.

“Sudah gaharu cendana pula, dah tahu lagi mau tanya!” Yusrizal mengekek ketawa apabila aku mengalunkan peribahasa melayu yang tersangat popular itu dalam versiku sendiri. Mungkin kedengaran agak lucu atau dia masih punya niat untuk mengenakanku. “Rizal please. Dah lewatlah. Nanti terlepas subuh pulak,” rayuku sambil cuba mengangkat lengan sasanya dari tubuhku.

“Boleh,” kata Yusrizal. Dalam pada itu sempat juga dia mencuri mencium leherku. Aku mengeliat kegelian. “Tapi abang ada dua syarat!”

Aku mengerutkan dahi. “Nak bangun pun ada syarat jugak?”

Yusrizal mengangkat kening. “Yelah, yelah! Apa syarat-syaratnya?”

Dia tersenyum apabila aku mengalah. “Pertama, mulai saat ini dan detik ini abang nak Ifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya digunakan oleh seorang isteri. Bukan ber’saya’ dan ber’awak’ lagi!”

“Panggilan yang sesuai untuk suami? Apa?” Aku bertanya bodoh. Sedangkan jawapannya aku sudah maklum benar.

“Abang,” jawabnya sambil menanti bicaraku yang tiba-tiba hilang. Memang sejak semalam lagi aku sudah berkira hendak membahasakan dirinya sebegitu. Tapi aku segan. Jadi aku hanya membiarkan sahaja keadaan seperti sebelumnya walaupun hubungan kami sebagai suami isteri sudah pulih sepenuhnya. Bukan lagi pasangan yang melakukan hal masing-masing seperti tiada rasa tanggungjawab terhadap pasangannya. Kami adalah pasangan bahagia yang sedang berbulan madu.

“Sayang, panggilan yang baik terhadap pasangan bukan sahaja dapat mengeratkan kasih sayang antara suami isteri tapi juga sebagai tanda hormat seorang isteri terhadap suaminya. Bolehkan sayang? Sudah lama abang teringin nak dengar Ifa panggil ‘abang’ macam lima tahun lepas.”

Setelah lama berfikir akhirnya aku mengangguk setuju. Apa salahnya? Mudah-mudahan panggilan itu akan menyimpulkan lagi ikatan kami yang baru sahaja termateri. Yusrizal nyata senang sekali dengan persetujuanku. Wajahku dikucup bertalu-talu sehingga aku kelemasan.

“Okay, sekarang syarat awak..oppss..” Aku menekup mulut. “Maksud Ifa syarat abang yang kedua?” Suamiku sudah mencerlungkan mata kerana aku terlepas cakap. Maklumlah, sudah lebih lima tahun panggilan itu hilang untuknya. Dan semestinya ia sukar untuk dikembalikan. Namun, senyuman manis kembali menguntum di bibirnya apabila aku menyedari ketelanjuran kata lantas membetulkannya.

“Okay, syarat abang yang kedua Ifa kena cium abang!”

Ahh, cium lagi. Asyik minta cium aje. Sudahlah, tidak perlu aku berfikir panjang lagi. Lebih baik aku tunaikan saja permintaannya. Bukannya tidak biasa. Lalu, aku mendekatkan bibirku ke pipinya. Namun baru sahaja bibirku mahu mendarat di situ Yusrizal tiba-tiba bersuara.

“Ahhaaa..bukan dekat pipi sayang.”

“Habis tu?”

“Dekat sini?” Jarinya ditunjukkan ke bibirnya. Aku membulatkan mata.

“Ish, tak naklah!” Bantahku. Kenapa lain pula permintaannya hari ini. Kalau dulu dekat pipi saja.

“Kenapa pulak tak nak?”

“Ifa..Ifa..Ifa seganlah.”

“Segan kenapa pulak? Semalam boleh je,” ungkit suamiku. Sekali lagi pipiku memerah apabila terkenangkan adegan kami semalam.

“Itu semalam!”

“Apa bezanya pula dengan hari ni?”

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Terasa berat sekali permintaan suamiku ini hendka ditunaikan.

“Dekat pipi saja tak boleh ke?”

Yusrizal menggelengkan kepalanya. Tanda dia tetap dengan syaratnya.

“Ermmmm…lepas solat ek Ifa tunaikan syarat abang tu. Sekarang abang lepaskanlah Ifa untuk mandi dulu.” Aku cuba berkompromi. Manalah tahu jika aku terlepas dari syaratnya itu.

Namun Yusrizal tetap menggelengkan kepalanya. “Nanti Ifa mesti buat-buat lupa pula. Macamlah abang tak kenal isteri abang ni,” ujar Yusrizal sambil mencuit hidungku.

“Taklah, Ifa janji Ifa takkan mungkir janji. Bolehlah abang, lepas solat ek?” Aku merengek manja. Sengaja melenggokkan bicara supaya kedengaran menggoda. Manakala, jari-jemariku mengusap-usap dadanya yang gagah itu. Berharap dia akan bertolak-ansur denganku.

Yusrizal menangkap jemariku yang bermain di dadanya lalu dibawa ke bibir. “Oh, nak rasuah abang ek. Abang tak makan rasuah tahu. Ok, kalau Ifa tak nak cium abang biar abang yang cium Ifa!”

Tanpa sebarang persediaan, bibirnya singgah juga di bibirku. Terpaku aku dibuatnya. Tindakan drastiknya yang membuatkan lidahku kelu tanpa kata. Setelah beberapa lama barulah bibirku dilepaskan.

“Thanks sayang sebab masih sudi terima abang dalam hidup Ifa. Inilah anugerah terindah buat abang. Abang bahagia memiliki Ifa sebagai isteri abang. I love you so much!”

Aku memandang suamiku yang berbaring menghadapku. Jelas terpancar riak kebahgiaan di matanya. Aku juga turut bahagia memiliki dirinya buat kali kedua. Ternyata pengorbanan yang kulakukan buat ibu ada hikmah disebaliknya.

“I love you too,” balasku sambil menarik tubuhnya ke dalam pelukanku. Tubuh itu kepeluk erat. Hatiku semakin berbunga apabila suamiku membalas pelukanku. Ifa cintakan abang, bisik hatiku.

Suasana di tamu mingguan di Jalan Gaya benar-benar meriah. Ramai sekali pengunjung yang membanjiri laluan sepanjang tamu ini. Selain penduduk tempatan terdapat juga pelancong asing yang turut memilih barangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Aku memerhati beg plastik yang penuh di tangan suamiku. Banyak benar barang yang kami beli untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang kami bercuti di sini.

Sebenarnya aku yang beria-ria mahu membeli pelbagai barangan yang dijualkan di sini. Kelabu mata aku melihat hasil kraf tangan penduduk pribumi sabah yang begitu unik. Hampir setiap gerai yang kami singgah dan aku tidak ketinggalan untuk memenuhkan beg plastik di tangan suamiku. Tapi suamiku nyata tidak merungut. Malahan, dia hanya tersenyum senang memimpinku ke setiap gerai yang terletak sepanjang Jalan Gaya ini.

Akhirnya setelah penat berjalan kami singgah di restoran berdekatan untuk makan. Perut pun sudah berkeroncong. Sudah masanya untuk diisi.

“Seronok berbelanja?” tanya suamiku sebaik sahaja kami memesan makanan. Ketika itu aku sibuk membuka plastik dan meneliti setiap barangan yang aku beli.

Aku tersenyum senang. Mahunya tak seronok. Dapat beli banyak barang tanpa mengeluarkan satu sen pun. Semua Yusrizal yang bayar. Apa guna punya suami kaya kan? Hehehe… Lagipun dulu jarang sekali dia berbelanja untukku. Jadi sekarang akan aku kerjakan dia cukup-cukup. Baik betul isteri, gumamku sendirian.

“Banyak betul barang yang Ifa beli. Nak taruk kat mana ni sayang?”

“Taruklah kat mana-mana. Banyak lagi ruang kosong kat rumah tu.”

“Hampir kering cash dalam dompet abang ni Ifa punya keje. Ini baru dekat Sabah. Dekat Sarawak nanti macam mana pula.”

“Aii, merungut nampak! Nape takut duit abang habis ke??”

“Abang tak kisah sayang kalau duit abang habis. Tapi biarlah berbaloi. Ifa kenalah kasi upah kat abang.”

“Upah? Upah apa?”

“Upah, malam-malam. Atas katil!”

Mulutku terlopong mendengar bicara selambanya itu. Pantas satu cubitan aku hadiahkan di lengannya. Suamiku tertawa ceria dalam kesakitan. Aku juga turut ketawa bila melihat wajah cerianya itu. Bahagia sunguh aku rasakan saat ini. Seakan lembaran indah sudah terbuka luas untuk aku Yusrizal terokai. Menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Tanpa halangan-halangan yang mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: