Novel : Bila 22

Nama Pena : orentalez

Kenapa mesti bimbang jika hari nak hujan, sedang kita punya payung. Walaupun kita sedar kita tetap akan terkena tempiasnya tapi kita masih percaya yang payung dapat melindungi kita dari hujan dan kepercayaan itu sudah menyelesaikan satu masalah kita tanpa sedar. Dan..ingat juga, jangan rasa takut bila malam semakin pekat sebab itu tandanya siang semakin dekat. Itu kata abang dan pada waktu itu aku sekadar mengangguk kerana belum cukup faham. Pada aku kenapa abang nak terang bukan main panjang sedangkan siapa tak tahu tentang payung. Tapi saat aku teringat kembali kata-kata abang, aku tersenyum..terima kasihlah abang. Abanglah orang yang paling best. Hmm..abang dah tak ada..kena lah psycho diri sendiri..

Aku melangkah masuk ke butik. Mataku meliar sekitar, depan tak ada orang.. kaunter kosong. Memang bagus budak-budak ni buka awal tapi entah kemana hilang. Baru sehari aku tak ada, ada hati pula diorang nak mengelat hari ni. Bukan boleh dibiarkan sangat budak-budak ni. Aku menjenguk pula di pantry dan memang ternyata mereka di situ.

” Eh..” Atie seakan terkejut dengan kehadiran aku disitu. Sedap diorang makan dekat sini.

” Kenapa tengok macam tu? Buat air kat aku, jojie” aku menarik kerusi dan duduk bersama mereka. Jojie pantas menurut tanpa banyak soal. Baik pula budak ni, kalau selalu ada saja yang dijawab.

” Kak Atien…” atie seperti ingin menyoal sesuatu.

” Kenapa? Kamu pun tak percaya dengan Kak Atien” Ujarku. Memang tak ada yang lain yang nak ditanya.

” Eh..mana ada..Jojie ni kak. Dia yang cakap jangan bagitahu akak masa tu” balas Atie sambil menunding kearah Jojie.

” Eee..banyak la! Kau yang suruh aku sorokkan paper tu kan?” Tangan jojie pantas menampar lengan Atie sebaik sahaja meletakkan secawan kopi didepan aku. Nanti dua-dua kepala aku lagakan baru tahu. Ada masa pula diorang nak bergaduh depan aku.

” Ha, ye la.. Aku yang salah..korang dua-dua baik. Sudah. Baik kau orang lenyap dari depan mata aku dalam kiraan tiga sebelum aku bertukar jadi raksaksa” Bukan boleh dibiar lama budak-budak ni. Macam-macam boleh jadi. Tapi memang aku suka kalau dapat ugut diorang ni. Itulah nikmat jadi bos. Memang beruntunglah dapat bos macam aku ni kan.

********

Apalah mimpi mamat ni ajak aku keluar makan hari ni. Selama ni tak pernah pula, kalau menurut firasat aku..orang- orang macam ni tak akan buat sesuatu tanpa sebarang niat. Ye la..raja kegelapan, otaknya mesti sentiasa dipenuhi strategi dan misi. Ah, tak kisahlah..orang nak belanja makan..mana boleh tolak. Aku memantaskan langkah bila Hafez sudahpun meninggalkan aku beberapa langkah di hadapan.

” Hai..” Aku melambai kearah Azlan yang sudah berada di depan restoran. Cepat pula dia sampai, rasanya aku ajak tadi pun last minute. Hafez memandang kearahku..sorry lah lupa pula nak bagitahu dia yang aku ajak Azlan sekali.

“Azlan kata hari tu, dia dah lama tak makan Beef Teriyaki..so bila Achik cakap nak datang sini. Fatin ajak la sekali..okay kan?” Aku membalas senyuman Azlan yang di depanku.

“Okay sangat la tu..Jom la” Ujar Hafez senada sambil terus berjalan kedalam restoran. Kami menuju ke bilik yang telah ditempah. Suka betul aku, dah lama mengidam sushi….daifuku ..sedapnya..

Cantik betul bilik ni. Suasana dia tenang dan selesa dengan bunyi air cuma yang kurang..mamat dua orang ni. Masih senyap sejak pelayan cantik berkimono tadi keluar. Diorang buat lagi..

” Hmm..tanya sikit. Kau orang ada masalah ke?” Soalku terus terang. Kedua mereka memandang kearah aku.

“Masalah? Okay je” ujar Hafez. Aku pandang kearah mereka berdua. Kalau tengok muka, memang dua-dua muka tak bersalah. Hmm..kalau macam tu akulah yang salah. Kenapalah aku suka fikir yang bukan-bukan.

” Nenek sihat?” soal Hafez pada Azlan.

“Betambah sihat..dah kurang batuk dia” balas Azlan.

“Baguslah tu..”

“Hmm..hari tu balik sana, nenek kirim salam. Dia cakap teringin nak jumpa abang” Tambah Azlan. Lantaklah kau orang nak sembang..yang penting makanan aku dah sampai.

“Tengoklah esok, kebetulan nak balik Sg Petani, boleh terus kesana nanti” Ujar hafez lancar membuatkan aku sedikit tersedak. Tak cakap dekat aku pun nak balik. Aku menyambut secawan teh hijau yang dihulur Azlan. Aku memandang kearah Hafez kemudian.

” Balik? Esok ?” soalku ingin kepastian. Kalau dia balik, mesti aku kena ikut sekali, kalau tak..memang kena lah aku dengan mama. Gila betul mamat ni. Bukan reti nak cakap awal-awal.

” Abang tak cakap dengan Kak Fatin ke?” sampuk Azlan membuatkan riak Hafez sedikit berubah.

” Aa..kan dah cakap semalam. Lupa la tu” ujar Hafez sambil menepuk bahu aku. Bila pula dia cakap? Ada ke?..ish, musykil aku. Aku memandang kearah Hafez. Dia hanya tersenyum. Aku hilang ingatan ke dia yang hilang akal. Ah, lantaklah..balik pun balik lah.

” Protein…” Azlan meletak daging ke dalam mangkuk aku. Senyumannya aku balas. Baru saja aku ingin mengambil daging tu, Hafez pula meletakkan sayur ke manggkuk aku. Banyak pula tu. Aku menjeling kearah Hafez. Boleh pula buat muka tak bersalah.

“Sayur bagus untuk ingatan” ujar Hafez masih tak berperasaan. Mamat ni tak lain nak mengutuk aku la tu. Nasib baik dia yang belanja semua ni, kalau tak.. mahu aku sekeh sekali.

“Daifuku, your favourite” Azlan menghulur pula dessert kegemaran aku. Biar betul mamat ni, dia sedar tak abang dia dekat sini. Takkan dia nak biar si Hafez ni tahu hal yang lepas tu. Ish, memang pening betul aku bila dengan adik beradik ni. Hafez Azfar..Azlan Haikal..memang tak banyak beza.

” Tapi tu kan intinya kacang hijau..Fatin kan tak suka kacang hijau” Hafez pantas saja menyepit daifuku yang diberi Azlan pada aku lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia ni kan..tahu je apa yang aku tak suka tapi tak pernah pula ambil tahu apa yang aku suka. Sumpah ni kali terakhir aku keluar dengan mamat berdua ni..ganggu selera aku je. Tensyen..!

*********

” Hai..apahal asyik senyum je dari tadi?” Adi menampar bahu Hafez yang kelihatan seperti dalam dunia sendiri. Dia bersandar pada sisi meja Hafez.

” Entahlah..” balas Hafez ringkas.

” Entah? Kau dari mana tadi? Lama betul keluar lunch” soal Adi masih tidak berpuas hati.

” Lama ke? Aku lunch dengan Fatin la tadi..” Ujar hafez sambil membetulkan duduk supaya lebih selesa. Senyuman masih terukir dibibirnya.

” Hmm..patutlah..” Adi mengangguk bila persoalannya dari awal tadi dianggap sudah terjawab.

“Caffeine..”

” Dadah? Gila aku tak faham dengan kau..mati-mati aku ingat nak kau cakap yang kau dah jatuh chenta dengan Fatin” balas Adi yang masih kurang faham dengan apa yang hendak dikatakan sahabatnya.

” Tak…Dia kan, macam caffeine.bila diambil berterusan badan menjadi toleran dengan kehadirannya and can cause caffeine intoxocation..resah..risau..insomnia..riang..dan kalau berhenti badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya” Ulas Hafez panjang lebar.

“Sampai hati kau samakan dia dengan dadah..Tapi kan, aku nak tambah sikit. Caffeine tak ganggu fungsi mental atau otak kan?. Maknanya..kau tahu apa yang kau buat dan kau rasa” Tambah adi pula sambil tangan bermain dengan pen.

“Dah la..makin lama cakap dengan kau, makin mengarut jadi nanti ” Hafez menolak Adi supaya kembali ke tempatnya.

“Wo..wo.. relax la. Kau memang suka dia kan? Aku dah agak..kahwin tanpa cinta..or paksa or kontrak, semua tu karut je. Kalau dah memang tak suka kan boleh tolak dari awal..bukan susah. Tapi kau tak buat macam tu kan..” Adi masih enggan beredar.

“Mind your own business lah”

” Okay..tapi aku ada lagi satu benda aku nak tanya. Hari tu kau keluar dengan Marni kan?” Soal Adi namun hanya dibalas dengan senyuman dari Hafez.

” Ish, aku tak faham la..Fatin pun nak..si Marnieva tu pun kau nak” Omel Adi sebelum terus berlalu dari situ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: