Novel : Diulit Dosa Cinta 14

Nama Pena : awin awina

BAB 14

“Hari minggu nie mama harap Zaq tak ke mana – mana”

“Kenapa, ma…ada hal penting ke” tanya Zaqrie sambil menghirup minuman petang di tepi laman rumah. Papa turut menantikan bicara mama penuh tanda tanya.

“Ala…Puan Sri Rosnah dengan Erisa nak datang. Zaq tu, tak pernah nak lekat kat rumah. Asyik hilang je …geram mama tau. Kesian kat Erisa tu asyik menunggu Zaq” ngomel mama dengan 100 kerutan di muka.

Zaqrie tergelak kecil. Aku ingatkan hal apa tadi. Bikin debar je. Mama aku ni mula la tu buat – buat raut muka kerut. Aduhai! Si Erisa ni pun satu , tunggu aku buat apa. Aku dah jelaskan kat dia tempoh hari antara aku dengan dia tiada apa – apa …tak faham – faham lagi ke. Zaqrie mengeluh.

“Mengeluh pula bila mama cakap. Betul tak, Zaq memang sengaja kan, mengelak dari berjumpa dengan Erisa. Bukannya mama tak tahu. Boleh baca fikiran anak mama ni. Kalau nak harap Zaq cari sampai tua la nampaknya. Erisa tu budak baik, sopan ..mama kenan dengan dia. Mama ni bukan apa, umur Zaq dah meningkat. Kalau lambat – lambat macam ni… kempunanlah mama nak timang cucu” ceramah mama kepadaku secara percuma, sungguh beremosi dan penuh misi untuk digapai.

Mama memang pandai buat spekulasi. Tuduh aku macam tu tapi memang betul pun. Aku malas nak layan gedik si Erisa tu. Nampak baik dan sopan depan orang je tapi bila dengan aku …eeii..manjanya terlebih. Gedik yang terlampau. Tak larat nak layan beb!

Lagipun aku dah punya calon. Wajah mulus itu!

“Awak pun satu nak paksa – paksa si Zaqrie buat apa. Biar la…sampai masa nanti adalah jodoh dia. Dah jangan di paksa budak tu ..tahu la dia cari nanti lagipun sampai bila dia nak hidup membujang” bantah papa membela anak bujangnya. Aku senyum mendengar pembelaan itu. Emm…makin sayang dengan papa.

“Abang memang ..haa..menangkanlah anak bujang awak tu” mulut mama sudah berot …merajuk.

“Saya cakap yang benar. Awak kena la faham perasaan budak muda sekarang. Lelaki pulak tu, mana suka dijodoh – jodohkan”

Aku mengangguk mengiakan pendapat papa. Betul ..betul tu pa, Zaq sokong 100%.

Raut muka mama masih kelat. Tak berganjak dengan misinya, untuk menjodohkan aku dengan si Erisa gedik tu. Papa juga tarik muka. Aik! takkan dua – dua merajuk kot. Aku pandang muka mama dan papa…alahai! susahnya jadi anak bujang seorang. Payah… jadi rebutan.

Suasana petang yang santai itu jadi senyap seketika. Masing – masing melayani perasaan yang sedang membungkam. Isu jodoh aku jadi hangat di hati kedua mereka.

“So…macam mana dengan Adawiya. Boleh ke dia bantu Zaq buat 2 kerja tu” soal papa sekaligus menukar topik yang dibicarakan sebentar tadi.

Zaqrie senyum melebar. Memang aku suka papa buka cerita ni.

“She’s good, pa. Bijak, rajin, dengar kata, lemah – lembut, manja …” ops! aku terlepas kata.

“Ish! sampai ke situ”

“Eh! gurau je tu pa” aku dah malu.

“Sapa Adawiya tu” mama mencelah.

“Anak Annuar dengan Kamisah. Masa kita sama – sama di kem dulu. Awak masih lagi tak? . Masa tu Zaqrie baru nak masuk 4 tahun, Adawiya baru setahun lebih. Zaqrie kan suka sangat main dengan dia”

“Anak Nuar dengan Misah ya, bang”. Papa mengangguk. Mama berfikir. Mengingati kembali wajah sahabatnya itu. Muka mama dah mula nak ceria. Ada senyuman terukir dibibir mama. Macam senyum – senyum kambing gitu! Nak jadikan Adawiya bakal calon menantu la pulak tu. Kalau yang ini aku terus setuju aje.

Mama masih berfikir – fikir. Lamanya fikir.

“Iya!…saya dah ingat bang. Ya Allah! Lama betul saya tak jumpa dengan Nuar dan Misah, bang. Mahu dekat 20 tahun lebih . Zaqrie pun dah besar , nak masuk 30 dah. Macam mana agaknya dia sekarang kan, bang.”

“Dah besar lah anak dara dia ya. Bila masa abang jumpa dia”

“Adawiya tu kerja dengan abang. Nuar datang jumpa abang, minta tolong carikan kerja untuk anak dia. Setahun lebih menganggur, risau jugak hati si ayah tu. So saya ‘offer’ kerja dengan saya” ujar papa menceritakan anak rakannya itu. Mama mendengar penuh minat. Macam ada apa – apa je. Elok ler ..senang kerja aku nanti …kerja – kerja meminang.

“Emm..mesti cantik orangnya kan bang. Dari kecil lagi Adawiya tu comel. Si Zaqrie ni pun suka sangat mengusik anak dara orang tu. Selagi tak menangis dibuatnya budak tu, selagi itulah dia tak berhenti mengusiknya. Memang nakal Zaq masa kecik – kecik” celoteh mama sambil tangan mencubit pehaku. Aku mengaduh manja. Nakal ke aku? Ya kot….

Oh!..Adawiya, namamu kini sedang bermain di bibir mamaku. Tak henti – henti senyuman mamaku menyebut namamu, luput terus nama Erisa gedik tu. Aku agak dah tersingkir kot dalam senarai pencalonan. Bagus..bagus

“Esok hari minggu…Zaq ajak Adawiya tu datang rumah. Mama nak sangat jumpa dia. Lama benar tak jumpa emaknya, nak juga tanya khabar. Tak jumpa emak, anak pun jadi. Esok, Zaq jemput dia ya, mama nak masak special” arah mamaku dengan hati yang berbunga – bunga. Gembira betul mamaku. Aku?…lagi la gembiranya. Kecik kereta BMW aku …Boeing 777 aku tadahkan.

Keceriaan kami terhenti tatkala bunyi deruman enjin kereta sport milik Zurina, adik perempuan keduaku memasuki ruang garaj di hadapan rumah.

Langkah anggunnya menuju ke arah kami yang sedang bersantai menikmati minuman petang.

“Hi! ma..papa..abang” sapa Zurina menjurus menghampiri kami.

“Ina dari mana” soal mama.

“Keluar dengan kawan”

“Sapa? Bekas tunang Ina kan” nada suara mama jelas keras.

“Mama…please!”.

“Ina…banyak kali mama pesan. Lupakan dia. Kenapa masih dikejar orang yang tak sudi berkongsi hidup dengan Ina. Tak malu ke? Mana maruah diri Ina. Kalau orang dah tak suka jangan dipaksa” bebel mamaku. Geram dengan sikap Zurina yang degil.

Papa dan aku cuma diam. Memerhatikan tingkahnya yang semakin tak mendengar kata. Kalau nak diikutkan aku malas ikut campur urusan adikku itu. Namun begitu, sebagai seorang abang aku tegar menasihatinya sekiranya bersesuaian dan kena pada tempatnya tetapi dia ni keras kepala orangnya. Tak makan nasihat.

“Ma..kita orang cuba nak berbaik semula. Mama memang tak suka tengok Ina dengan dia kan. Ina tahu mama memang bencikan dia” bidas Zurina menegakkan kebenarannya.

“Ina ..Ina…mama tak pernah membenci sesiapa pun temasuk dia. Cuma mama tak mahu Ina kecewa lagi. Cukup lah dengan apa yang dia dah buat kat Ina. Mama tak nak pisang berbuah dua kali. Lagipun dia yang memutuskan pertunangan itu dulu” mama cuba berlembut, memujuk hati Zurina yang keras.

“Ma…dulu tu Ina yang salah. Sekarang dah lain. Kami cuba berubah. So, Ina harap mama dapat menyokong Ina kali ini”

“Suka hati Ina lah. Mama harap kali ni Ina dengan dia serius. Mama tak mahu korang buat benda ni macam main – main. Malu mama. Nanti jemput dia datang rumah mama nak jumpa. Mama perlu cakap dengan dia” akhirnya mama mengalah dengan kehendak hati Ina. Asalkan diri anaknya itu bahagia.

“Thanks..ma” ciuman riang hinggap dipipi mamaku.

*********************************

Jari Zaqrie pantas mendail. Tiada jawapan.

Mana dia pergi ni. Zaqrie mendail lagi menanti hingga habis nada lagu di dalam telefon bimbit itu.

Masih tiada jawapan. Panggilanku dibiarkan begitu saja tanpa diangkat.

Zaqrie bengang. Melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Berjalan mundar – mandir sambil tangan meraup muka.

Hati Zaqrie mulai resah.

Dia tak dengar ke atau sengaja tak ‘pick –up’. Mungkin dia tahu aku yang menelefon agaknya. Mungkin dia terasa dengan kelakuan aku yang sejak akhir – akhir ini sering kali mengenakan dia. Aku ingat bukan terasa lagi dah ..agaknya terus makan hati kot. Ah! aku memang nakal betul…Zaqrie bercakap – cakap sendiri.

Penat bermundar – mandir, akhirnya Zaqrie merebahkan diri ke atas katil. Tangan diletakkan dibawah kepala. Fikiranku masih melayang memikirkan gadis itu. Gadis yang telah mencuri hatiku. Ingat senang ke nak curi hati Zaqrie Arimi anak Dato’ Zaid. Bukan calang – calang gadis yang mampu mendebarkan hati aku. Hanya dia… wajah mulus itu!

Wajah yang kini telah bertahta dihatiku. Setiap kali memandangnya hatiku berdebar – debar. Boleh jadi sewel kalau dalam sehari aku tidak memandang wajahnya atau mendengar suaranya. Itu lah yang aku rasa sekarang.

Perbualan papa dan mamanya siang tadi menghantui fikiranku pula.

Aku masih mengenangkan kisah yang papa dan mama ceritakan itu. Aku telah berkawan dengan Adawiya sejak dari kecil lagi rupanya. Macam tak percaya pun ada. Aku langsung tak ingat kenangan lama itu. Waktu itu aku masih kecil mana nak ingatnya.

Aku merumuskan sekiranya antara aku dengan dia ada kenangan bersama. Mungkin ada jodoh kami di situ. Ah! Adawiya kenapa sekarang aku menemui dirimu. Kenapa tidak sebelum peristiwa hitam itu terjadi…aku bersalah padamu. Aku berdosa. Aku telah cemari dirimu. Maafkan aku…kalaulah kau boleh mendengar rintihanku. Ingin saja aku menjerit…..ADAWIYA MAAFKAN AKU!!!

Aku kesal. Kesal dengan apa yang terjadi. Kekesalan yang teramat dalam. Terasa ingin diputarkan semula detik itu. Detik hitam yang meragut kegadisan gadis berwajah mulus itu hampir 2 tahun yang lalu. Kini, wajah itu muncul meragut sekeping hatiku yang dahagakan kasih dan cintanya.

Mengenangkan detik itu membuatkan diriku bertambah berdosa. Ingin segera mendapatkan keampunan darinya. Ingin menanggung dan merasai keperitan itu bersamanya.

Mampukah aku…dengan kemaafan saja dapat menghapuskan luka yang amat terkesan di hati Adawiya. Tidak! Tidak mungkin sama sekali. Aku amat pasti. Kedinginan layanan Adawiya terhadapku, membuktikan kehadiranku kini tidak disenanginya.

Apa yang harus aku lakukan lagi Adawiya? Aku benar – benar insaf dan bertaubat. Aku buntu untuk memilikimu. Jiwaku diulit dosa…hatiku berbunga cinta. Hanya kerana kamu!

*******************************

“Jauh lagi ke tempat tu Ikram”

“Tak jauh. Lepas lampu isyarat tu, belok kanan. Sampai lah kita”

Honda CRV milik Ikram bergerak perlahan. Terasa begitu lama berada di dalam keretanya. Adawiya diam semula. Memandang ke arah luar, banyak blok – blok bangunan yang dibarisi dengan premis – premis perniagaan, kedai – kedai dan restoran – restoran makan.

Kali ini, Adawiya terpaksa memenuhi janjinya kepada Ikram untuk keluar makan bersama. Kalau ikut rasa hatinya, malas untuk keluar di hari cuti. Inilah masanya untuk berehat dan membereskan saki – baki kerja rumah.

Aduhai…lamanya aku rasa. Bila nak sampai ni. Jauh betul tempat makan yang Ikram syorkan. Sengaja kot.

“Okay. Kita dah sampai” kata Ikram sebaik saja memakirkan kereta.

Fuh! lega rasanya.

Adawiya sempat mengerling ke arah papan tanda di restoran itu tertera namanya Restoran Bora Ombak. Restoran yang indah, seindah namanya. Lampu neon berkerlip megah di sekeliling gerbang masuk ke restoran itu. Landskap ala Bali menyemarakkan lagi suasana yang romantis.

Kami menuju ke satu sudut yang agak berjauhan sedikit dari orang ramai. Lebih ‘privacy’ kata Ikram. Aku mengikut saja tanpa banyak soal.

Ikram duduk berdepan denganku. Katalog menu dihulurkan oleh pelayan disitu. Aku tunduk meneliti senarai menu tersebut. Selepas membuat pilihan, katalog itu dikembalikan semula.

Suasana jadi sepi antara kami berdua. Saling renung – merenung.

Ikram galak merenungku. Aku membalas . Kiranya kali ini aku sudah berani melawan renungannya itu. Mungkin aku sudah mengenepikan rasa kasihku kepadanya sejak peristiwa tempoh hari sekaligus rasa seganku semakin menepis terhadapnya.

“Kenapa awak pandang – pandang saya”

“Saja. Saya suka tengok muka awak yang redup tu. Tenang hati saya”

“Amboi! Puji saya nampak. Tak marah ke kekasih awak nanti” luncur saja kata – kata itu keluar dari mulutku.

Ikram mengerut dahi. “Kekasih? Bila masa saya ada kekasih”.

Aku mencebik. Huh! Ye la tu. Habis tu perempuan yang berkepit tempoh hari tu siapa pulak?.

“Perempuan yang berkepit dengan awak masa malam ‘dinner’ hari tu bukan kekasih awak ke?”

Ikram ketawa. Aku jadi binggung. Ingat aku buat lawak ke dia ni, bukan main gelaknya.

“Ooo…selama ini awak tak layan saya sebab awak ingat perempuan tu kekasih saya la…” Ikram perangkap aku dengan soalan perasaan. Lain aku tanya lain pulak dia jawab.

Aku diamkan diri dari menjawab soalan Ikram yang bisa menjerat diri sekaligus menjerumuskan aku ke arah persoalan cintanya.

“Okay..okay. Awak jangan buat muka ‘jeruk’ macam tu lagi. Susah hati saya tengok” gelak Ikram masih belum reda.

Raut mukaku makin kelat. Aku masih menanti jawapannya. Aku pun pelik dengan diriku begitu mengharap jawapan jujur darinya.

“Okay…sayang. Awak senyum dulu. Baru saya jawab”

Aduh! Ikram pun panggil aku sayang juga. Kes berat ni. Aku senyum juga. Senyum dalam paksa.

“Haa..macam tu lah. Sebenarnya perempuan tu tak lebih dari seorang kawan. Kawan yang sangat rapat. Banyak kisah suka – duka saya dengannya”

Ikram menghela nafas panjang dan kemudian menyambung semula.

“Saya pernah mencintainya. Tapi cinta kami hanya separuh jalan kerana…” luahan Ikram terhenti. Tiba – tiba dia diam dan menjadi muram.

Aku tak suka keadaan itu. “Eh! it’s okay. Kalau awak tak suka tak payah cerita lagi. Saya bukannya nak tahu pun kisah awak dengan perempuan tu. Kita cerita benda lain lah”. Aku cuba menceriakan keadaan.

Ikram mengukir senyuman. Yang aku pasti senyumannya hambar. Mungkin banyak kelukaan dihatinya. Ah! seperti aku juga. Begitu banyak memori dan kenangan duka yang memedihkan hati dan meruntun jiwa.

Aku membiarkan saja suasana menjadi sepi semula. Masing – masing melayani perasaan sendiri.

Tidak berapa lama, pelayan tiba membawa hidangan. Emm..menarik juga. Aku menjamah sedikit satu persatu hidangan itu. Sedap!

Deringan telefon bimbitku membingitkan telinga. Kacau daun betul. Aku baru nak menikmati hidangan tersebut, ada je gangguan. Aku membiarkan saja deringan itu sehingga habis berlagu.

“Kenapa awak tak ‘pick-up’ phone tu” soal Ikram sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

“Kejap lagi lah. Tak penting pun” jawabku acuh tak acuh.

“Ish! takkan tak penting. Dari dalam kereta lagi saya dengar bunyi handphone awak tu berdering. Mustahak agaknya. Tengok lah siapa yang ‘call’ tu” .

“Eh! tak pe..tak pe… nanti saya ‘call’ dia balik”

“Emm…okay”

Ikram menghantar aku pulang tepat jam 11.00 malam. Aku lihat Salina sudah terjenggul di depan muka pintu. Nak Intip aku la tu. Malam ini banyak kisah yang aku dengar dari Ikram. Kisah dia masa zaman kanak – kanak, zaman persekolahanya tetapi dia tidak menyentuh langsung kisah keluarganya malah kehidupan peribadinya. Mungkin ada isu sensitif. Akupun tidak berniat untuk mengungkitnya. Emm…macam – macam sifat manusia ni termasuk jua diriku. Punya banyak cerita dan kisah hidup yang tak dapat dirungkai.

“Bye sayang” lambaian Ikram ku sahut dengan senyuman. Giler apa nak lambai balik. Nanti dia perasan aku suka dekat dia jugak.

“Ehem..ehem..seronoknya ‘dating’ dengan kekasih hati” perli Salina sebaik saja aku tiba di muka pintu.

“Eleh..cakap orang. Kau tu, dari pagi sampai malam. Baru balik ke?” soalku pula. Salina menjuihkan bibirnya sambil mengangguk. Sah la..tu.

Sstreeeettt…..bunyi geseran tayar dan ngauman enjin kereta kedengaran bingit di hadapan luar rumah kami. Mahu pecah gegedang telinga. Aku dan Salina terkejut betul dan saling memandang. Sapa tu? Hantu punya drebar. Bawa kereta macam pelesit.

Zaqrie memecut keretanya bagaikan hilang akal. Hatinya panas berapi. Menyaksikan aksi yang membakar diri. Dirinya hilang kawalan. Zaqrie menekan pedal terus memecut …membelah malam yang kelam. Aaarrrrgghhh!!! jerit Zaqrie sekuat hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: