Novel : Janji 27

Nama Pena : dr.rock

“Nurin..Rin..Darling”.3 panggilan Adam untuk aku.

Hari pertama dia memanggil aku Nurin, terpinga-pinga emak dibuatnya.Aku tergelak sakan dengan reaksi emak.Nama penuh anak sendiri pun boleh dia tak perasan.

“Anak awak bukannya ada satu nama je Jah oi.Kalau suami dia nak panggil nama istimewa sikit apa salahnya”,ujar Abah,menyedarkan emak akan hakikat nama anaknya ini Nurin Rusyaida.

Emak menepuk kepala.Katanya banyak sangat benda dalam fikiran dia, sampai boleh lupa nama anak sendiri.Sekali lagi abah menempelak.

“Mulai sekarang awak kena la biasakan diri dengan panggilan dari menantu.Macam mak dulu masa mula-mula kita kahwin.”.

Emak tersipu-sipu malu dek kata-kata abah.Cerita abah, semua ahli keluarga mak terkejut beruk bila nama Jah muncul di rumah Wan.Mana tak terkejut, nama timangan mak Minah gara-gara tak serasi nama.Sampai nama sebenar mak Azizah tu boleh bertukar 100%.Kalau aku ni, kira boleh dijangkau dek akal lagi la.

RIn.,nama ni kalau Adam dah penat bahasakan aku Nurin.Katanya tiga huruf ni senang sikit dia nak berkata-kata.Mana tak penat nak bercakap, ada je topik dia nak bercerita dekat aku.Terkejut beruk aku lepas kahwin dengan dia ni.Beruk pun tak terkejut macam ni kot.Kepohnya lebih dari aku.Tak pasal-pasal, aku pula jadi pendengar setia.

Darling..ni kalau dia dah mula nak bermanja dengan aku.Kalau gerakkan dia bangun Subuh,ada 3 perkataan yang aku kena sebut.Darling Sayang Abang.Penat lidah aku dibuatnya.Boleh buat pertandingan mencipta perkataan akhiran G tau tak.Kalau tak ada la perkataan ni, jangan harap la dia bangkit dari tidur.Samalah macam pagi di rumah mentua aku yang sunyi ni.

————————————————–

“Abang, bangun la cepat.Nanti mak bising lak.Macammana rezeki nak masuk kalau bangun matahari dah tegak atas kepala”,soalku sambil menggerakkan badannya.

Adam tidur kembali selepas solat Subuh tadi,Matanya masih tertutup tapi tangannya mengagau mencari aku.Aku melarikan diri.Kalau dilayan, makin menjadi-jadi la perangainya.

“Tak mahu la bangun.Nurin Tak cakap lagi password suruh abang buka mata.Mana nak bersemangat abang macam ni?”,katanya dengan matanya yang terbuka sedikit.

Senyuman nakal bermain di bibirnya.Kalau nak kejutkan dia, ada password yang dia dah tetapkan dan aku harus ikuti.Harus ada ciuman kasih sayang di pagi hari dan luahan kasih aku.Tapi kalau dah nak masuk pukul 9, tak ada ertinya semua tu.

“Nurin nak mak kutuk kita ye?Kalau nak, abang sambung tidur ni”,ugut Adam.

Matanya ditutup rapat semula.Comforter warna biru laut ditarik ke dada.Dalam rasa geram, aku menghampirinya.Pipinya aku kucup dan aku berbisik lembut di telinganya.

Adam tersenyum manis dengan perlakuan aku.Dan seperti selalu, dia bingkas bangun.Tanpa aku pinta, dia membantu aku merapikan katil.

————————————————-

“Kerja kuat sepanjang malam la ni.Sampai bangun pagi pun tak mahu”,kata bapa mertua aku sebaik sahaja nampak kelibat Adam di meja makan.

Semua ahli keluarganya sudah selesai sarapan.Tinggal aku dan Adam sahaja.Tahan jugalah perut yang dah berkeroncong sebab nak temankan dia makan.Dah jadi tanggungjawab isteri menemani seorang suami.

Adam mengeringai ketawa mendengar kata-kata abahnya.Aku yang malu dek perbualan mereka.

“Bagus la kalau gitu.Cepat sikit mak menimang cucu.Kalau mak Nurin dah ramai cucu.Kalau anak kau orang nanti, cucu 1st mak la kiranya.Dengki dengan orang lain dah bercucu.Mak duduk la macam pungguk lagi”,tambah mak mentua aku pula.

Adam tersengih mendengar kata-kata emak.Kemudian dia berbisik di telinga aku.Kata-katanya menyebabkan darah naik ke pipi.

“Nurin, bila kita nak bagi mak cucu ni.Abang dah lama ready.Nurin, rela tak hadiahkan cucu pada mak?”.

Aku menganggukkan kepala tanda setuju.Senyuman Adam makin melebar.Bahagia la tu.

“Yang dok berbisik-bisik,tersengih-sengih ni apa hal pula?Jangan kata nak merancang-rancang pula.Kesian dekat mak jadi pungguk sejati”,seloroh mak lagi.

“Macam tak ada kerja lain pula maknya.Dari jadi pungguk, baik la buat kerja rumah lain.Tanam bunga ke, apa ke?”,tempelak bapa mertua aku.

Mak mencubit abah dengan geram.Aku dan Adam tertawa dengan gelagat mereka.Tapi tak lama, mak buat muka.Mempersoalkan kesediaan kami menghadiahkan cucu kepadanya.

“Insyaallah, sebelum anniversary kami yang pertama, kami akan usahakan cucu untuk mak.Mak doakan juga ya!”.

Balasan dari Adam membuatkan emak tersenyum bangga.Dah tak sabar nak tayang cucu la tu.

—————————————————

Kami berangkat ke Bali pada hari ke-5 perkahwinanan kami.Mujur jugalah ada 9 hari cuti yang diberikan.5 hari sebelumnya sibuk dengan kerja-kerja mengemas barang-barang kenduri.Nak settlekan itu dan ini.Kalau dibandingkan kenduri di rumah aku dan rumah Adam, rasanya di rumah Adam lebih meriah.

Mana tidaknya, ada photographer professional lagi.Penat jugalah aku nak posing mengikut kehendak dia.Bukan kehendak photographer tu,lebih pada mak mentua aku sebenarnya.Al-maklum la anak sulung menikah, memang meriah habis la kendurinya.

Abang Ngah yang menghantar kami ke LCCT.Pesanan emak supaya mengawal tingkah laku aku mengundang ledakan ketawa Adam.Mana tidaknya, macam aku ni budak sekolah rendah lagaknya.

“Jangan biarkan Ida ni main air laut sangat Adam.Kalau dia dah turun ke laut, puas la nak suruh dia naik ke darat.Lagi tak menggigil sejuk, lagi tu la tak ingat dunia”.

“Kalau dia degil sangat, kamu tarik je telinga dia.Degilnya lebih dari Asyraf dia ni.Sabar jelah dengan dia ni”,tambah emak lagi.

Adam sekadar mengiyakan kata-kata emak.Sempat lagi dia bergurau dengan aku.Katanya patut la telinga aku panjang lebih dari orang lain.Selalu kena tarik dengan emak rupanya.

Tarik muka 14 la aku dek kat-kata dia.Puas jugalah dia nak memujuk.Padahal saja je gediks nak dengar ayat-ayat romantis dia tu.Tapi tak lama, kesian pula tengok muka mengharap dia tu.Sadis betul.Hehe.

—————————————-

Kalau dah namanya honeymoon, mesti la ada manisnya madu dan nak duduk di bawah sinaran bulan.Pakej yang ditempah Adam memang sesuai bagi pasangan pengantin seperti aku.

Adam memang romantic betul.Senang aku dengan layanannya.Makan bersuap, jalan berpegangan tangan,bergambar berpelukan.Tempat yang dipilih memang menarik betul.Tak rugi aku jadi isteri Adam.

Makan malam menghadap volcano.Memang cantik dan sejuknya boleh tahan.Adam yang sedar aku tak tahan sejuk dah menyiapkan sweater tebal untuk isteri kesayangannya ni.Kalau tidak, memang demam la aku.Tak pasal-pasal honeymoon dalam bilik dengan orang sakit jadinya nanti.

Siang hari, segala pantai kami jelajahi.Termasuklah Green Canyon dan juga Kawah Gunung Berapi yang dah bertukar jadi tasik.Memang cantik mata memandang.Cantik juga duit Encik Adam.Hehe.

Aku senang dengan segala jadual yang diaturnya.Tinggal sehari lagi kami di sini, mengabdikan kenangan sebagai suami isteri.Cuma satu yang masih mengasak fikiran dan keinginan aku.AKu mahukan aktiviti lasak sebagai membina kelainan dalam siri bulan madu pengantin baru aku.Teringat segala cerita dari teman serumah aku ketika di Indonesia mengundang senyuman aku.

Kata mereka.Bunuh diri dengan duit berguni-guni.Mana tidaknya, harga satu kali terjunan bernilai lebih satu juta rupiah.Kalau ditukar ke RM, ada dalam RM 400++.Aktiviti yang mengorbankan duit dan mempertaruhkan nyawa tentunya.

Dan tanpa sedar juga, Adam muncul di belakang aku.Berjalan tak dengar derap tapak kaki.Scary betul.

———————————————-

“Apa yang duduk senyum-senyum tu Nurin sayang.Mesti teringatkan abang ni kan?”,soal Adam sambil memelukku dari belakang.

“Mana ada la.Just teringatkan pesanan mak je.ADa satu je pesanan emak yang Nurin nak langgar.Abang rasa ok tak?”,tanyaku padanya.

Adam terkejut benar dengan pertanyaan aku.Mungkin tak sangka yang isterinya ni memang degil.

“Pasal bungy jumping tu ke?Nurin, itu pun abang tak setuju tahu tak.Kita datang sini untuk honeymoon bukannya nak buat ekspedisi”,bantah Adam.

Aku melonggarkan pelukannya dan duduk di birai katil.Merajuk dengan Adam.Padahal ,memang aku berharap sangat boleh melompat ala-ala bunuh diri tu.Tapi larangan emak sebelum aku berangkat melekat dalam kepala.

Nak merayu pada suami sendiri pun tak dilayan.Menyesal aku tak pergi je masa belajar dulu.Tapi kalau melayan cakap mak tak berkat pula hidup aku.Gasaknya.

“Abang bukannya nak haling Rin.Tapi kena jugalah tengok status Nurin sekarang ni.Kalau jadi apa-apa nanti,macammana.Sanggup Nurin nak tinggalkan abang?”,soal Adam lembut, memujuk aku dengan cara berdiplomasi pula.

Aku mengakui kebenaran kata-katanya.MUngkin terpengaruh dek cerita kawan-kawan aku yang dah kesini membuatkan aku ingin sekali melakukan lompatan maut ni.Sekali seumur hidup pun jadilah.Tapi bila ada larangan demi larangan ni, apa nak buat.Redha dan pasrah jelah.

“Ok kalau abang tak bagi.Nurin sedar status Nurin sekarang ni.Tapi abang kena buat benda tu.Kalau tidak, Nurin tak mahu pindah rumah abang bila balik Kuala Pilah nanti.Ada berani tak,cik abang?”,ugutku pada Adam.

Adam menggigit bibir mendengar permintaan aku.Aku faham sangat dengan perangainya yang penakut dan mudah gayat tu.Naik bangunan Kompleks Teruntum tempat mak dia kerja pun boleh dikira berberapa kali je.Ini pula nak bunuh diri berbayar.Lagi la mustahil.

“DUlu abang datang sini buat apa je?Jalan-jalan tengok pantai.Isk..malu la lelaki penakut macam ni?”,tempelak aku bila melihat muka terkejut Adam.

Lama Adam mendiamkan diri.Berfikir seribu kali la dia nak buat benda-benda mencabar ni.Lambat-lambat Adam menyatakan persetujuan.Tahu pun takut kalau aku tak mahu pindah masuk rumah dia.Tapi ada syaratnya..kami kena solat sunat mendoakan keselamatan dia.Isk..penakut kemain lagi.

————————————————–

Pucat lesi muka Adam sebelum naik ke pelantar tempat terjunan.Banyak kali juga dia menggengam erat tangan aku.Merayu aku supaya menarik balik syarat yang dah aku kemukan.Tapi aku tetap aku.Kalau dah ada syarat, rela ke tak rela ke kena juga ikut.

“Kalau abang dah takde nanti, Nurin jangan kahwin lain tahu.Jangan sesekali contact Amal.Tapi NUrin jangan la doakan abang mati pula masa buat benda ni.”,sayu suara Adam kedengaran dalam raut mukanya yang pucat lesi.

Aku menggelengkan kepala.Kalau dah takut tu, mula la mengarut ke sana ke mari.Sempat lagi nak jeles-jeles tu.

“Insyaallah,Ida setia hingga ke akhir hayat saya.Dah la tu, orang dah panggil nama abang pun.BAnyakkan selawat.Insyaallah,takde apa-apa.Good Luck ok.Sayang abang”,ujarku lembut dengan senyuman manis di bibir.

Adam berlalu mengikuti instructor di situ.Tapi kepalanya masih tertoleh-toleh ke belakang.Aku buat-buat tak nampak,tak ada merayu-rayu lagi ye Cik Abang.

———————————————-

Aku menjerit riang melihat Adam melakukan terjunanan.Kali ke-2 naik ke atas, Adam dah buka mata.Hilang dah rasa takut barangkali.Mungkin tak percaya dia ada di awing-awangan saat ini.Adam berlari anak ke arahku selesai melakukan bungy jumping.Senyum lebar lagi tu.Ada maksud tersirat ni.Ada apa ye?

“Fuh..mujur tak tercabut nyawa abang tadi.Alhamdulillah, panjang umur.Boleh jumpa isteri abang semula.Tapi memang seronok la buat benda ni.Serious,abang tak akan lupa punya.Sayang nak cuba tak.Abang izinkan”.

Kata-kata Adam membuatkan aku tersenyum lebar.Aku menganggukkkan kepala.Tapi larangan mak macam mana?

“Pasal mak jangan risau.Pandai la abang rahsiakan.Yang penting, honeymoon kita kena ada kenangan lain pada orang lain.So, nak terjun ni ada berani ke,Nurin Sayang?”,soal Adam lagi dengan muka nakalnya.Sama seperti soalan aku semalam.

Adam menggelengkan kepala dengan gelagat aku yang tersenyum menang.Setakat terjun maut bergaya macam tu, siapa takut! Ini Nurin Rusyaida la.Isteri pun isteri la, yang penting aku puas hati.Hehe.

Bungy Jumping, here I come!=)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: