Novel : Mirror 9

Nama Pena : Hasrudi Jawawi

AWAL-awal pagi lagi Dewi sudah sampai ke sekolah. Dia tidak tahu mengapa perasaannya begitu berkobar-kobar untuk ke sekolah hari ini. Seolah ada sesuatu yang dia nantikan. Ya, memang ada sesuatu yang di nantikan. Apa yang di nantikan adalah ingin bertemu dengan Andy. Tidak sabar rasa hatinya untuk bertemu dengan Andy hari ini.

Sampai sahaja di dalam kelas, dilihat meja Siti masih kosong. Siti belum sampai lagi. Dewi duduk sendirian di mejanya. Ada beberapa orang pelajar lain sudah lama berada di dalam kelas itu. Masing-masing sibuk dengan buku tulis. Tidak tahu apa yang mereka sedang tulis.

Oh ya, mungkin dia orang masih belum siap kerja sekolah matematik yang cikgu Mat Noh beri minggu lepas agaknya. Desis di dalam hati Dewi sendirian. Dia awal-awal lagi sudah menyiapkan kerja-kerja itu. Malam sebelum dia menemui ayahnya semalam, dia telah menyiapkan kesemua kerja sekolahnyan itu. Dia tidak suka melewat-lewatkan sesuatu kerja. Padanya, selagi sesuatu kerja itu tidak disiapkan, hatinya pasti tidak tenang.

Hatinya berlagu riang. Tidak tahu ingin di tahan bagaimana. Senyuman di bibirnya tidak lekang sedari tadi. Beberapa minit kemudian, dia mula terlihat Siti dan beberapa orang pelajar yang lain sedang melangkah menuju ke kelas. Senyuman Dewi semakin melebar.

“Good morning Siti.” Ucap Dewi selepas Siti melabuhkan punggungnya di kerusinya.

Siti kehairanan melihat kemunculan Dewi hari ini.

“Awal kau sampai hari ni?” Tanya Siti kehairanan.

Dewi hanya tersengih sumbing. Siti semakin hairan.

“Oh ya.” Tiba-tiba Siti seolah teringat sesuatu. Dia mendapatkan beagnya lalu dikeluarkan dompetnya dan di letak di atas meja.

Dewi terpinga-pinga. Beberapa saat kemudian Dewi tertawa sambil menutup mulutnya dengan kedua tangannya.

“Dompet kau dah dapat balik dah?” Tanya Dewi gembira.

Siti tidak senyum pun. Malah, wajahnya serius.

“Kau kenapa?” Tanya Dewi kehairanan melihat raut wajah Siti yang serius itu.

“Aku confuse sekarang ni.” Tanya Siti musykil.

“Apa yang kau confuse?”

“Kau pasti ke, kau dengan dua orang perompak tu tak ada kaitan?” Tanya Siti sangsi dengan kejujuran Dewi ketika ini.

Dewi kehairanan bila mendengar pertanyaan Siti itu. Seolah Siti menyalahkannya atas apa yang telah berlaku padanya kelmarin. Seolah dialah dalangnya atas apa yang berlaku. Mata Siti melirik ke arahnya seolah menganggap dia telah berkomplot bersama dua peragut itu untuk menakutkannya.

“Apa kau cakap ni? A… aku tak faham.” Tanya Dewi terpinga-pinga.

“Semalam, dua orang peragut tu datang rumah aku, minta maaf. Dia orang kata jangan hanta sesiapa ganggu dia orang lagi. Lepas tu dia pulangkan balik dompet aku ni dengan keadaan ketakutan.” Jelas Siti tentang apa yang telah berlaku malam semalam.

Amat dan Dolah telah ke rumahnya dengan berpandukan alamat pada kad pengenalannya semata-mata untuk mengembalikan dompetnya. Alasan yang mereka berikan adalah mereka di ganggu sesuatu yang aneh selepas mencuri tas tangannya.

“Kau ada jumpa dia orang ke untuk pulangkan dompet aku ni balik?” Tanya Siti ingin kepastikan. Kejujuran kawan baiknya itu diharapkan ketika ini. Dia tidak mahu jadi mangsa mainan Dewi jika benar tanggapannya sebelum ini yang meanggap Dewi dan dua peragut itu berkomplot untuk menakutkannya.

“Apa kau merepek ni? Aku kenal dia orang pun tak, tau? Macam mana aku nak jumpa dia orang?” Jawab Dewi serius dan kehairanan.

“Baguslah. Jadi, kenapa mereka perlu pulangkan tas tangan aku semula? Sesen pun tak hilang tau?” Jelas Siti kehairanan.

“Oklah tu dia orang pulangkan. Kalau dia orang tak pulangkan macam mana? Jadi pendatanglah kau sebab tak ada IC.” Dewi cuba berseloroh.

Siti hanya tertawa kelat. Dia masih ragu-ragu dengan kejujuran Dewi ketika ini. Dia masih tidak yakin, bahawa Dewi tidak tahu apa-apa fasal hal ini. Segala kata-kata Dewi kelmarin benar-benar berlaku. Konspirasi apa yang cuba Dewi lakukan ini? Siti bermonolog sendirian di dalam hati.

“So, now kau percaya pada cerita aku?” Tanya Dewi tiba-tiba.

Siti tidak terus menjawab. Walaupun dia gembira bila dompetnya sudah di kembalikan semula, tetapi dia masih musykil. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku pada Dewi. Apa yang Dewi niat pada orang yang dia benci, pasti akan benar-benar berlaku. Kejadian ini solah satu bukti yang dia tidak boleh lagi untuk menyangkal cerita Dewi sebelum ini mengenai kuasa misteri yang dia miliki oleh gadis itu adalah benar.

“Ntahlah… aku tak pasti sama ada aku boleh percaya cerita kau tu atau tidak. Manalah tahu semua ni hanya sekadar konspirasi nak menakutkan aku.” Jelas Siti tanpa ada perasaan serba salah pun. Dia tidak terfikir sama sekali mengenai kata-katanya itu bakalan membuat Dewi terasa hati.

“Konspirasi? Apa maksud kau?” Tanya Dewi seolah tidak puas hati.

“Manalah tahu kau rancang semua ni nak takutkan aku ke?” Agak Siti sekadar meneka-neka.

“Pleaselah Siti, kau tak percaya dengan aku? Buat apa aku nak takutkan kau? Apa faedahnya.” Tanya Dewi penuh dengan perasaan kecewa bila kejujurannya tidak diendahkan oleh Siti.

“Manalah tahu.” Jawab Siti selamba sambil buat-buat tidak tahu.

“Owh, jadi selama ni kau tak percayakan akulah ek? Ok fine, terserak kaulah.” Bentak Dewi hampa lalu mengeluarkan buku teks geografinya. Pagi ini subjek pertama adalah Geografi, jadi dia akan membuat persiapan awal sebelum cikgu Ahmad masuk untuk mengajar subjek itu. Dia terasa hati dengan Siti. Walaupun begitu, tiada dendam untuk kawan baiknya itu.

************************

“TERIMA kasih cikgu.” Ucap Sem lalu di ajuk oleh semua pelajar. Cikgu Mat Noh mula melangkah keluar, disusuli oleh pelajar-plejar yang lain. Tanpa berkata apa-apa sedari tadi, Dewi terus melangkah keluar dari kelas meninggalkan Siti sendirian.

Siti mula rasa serba salah terhadap Dewi ketika ini kerana telah berprasangka buruk terhadap Dewi pagi tadi. Di dalam kelas, tinggal dia dan Sem sahaja. Pelajar lain telah berlalu menuju ke kantin sekolah. Mengisi perut yang sedang kelaparan.

“Hai Siti, sorang je ke? Mana Dewi? Selalu kau dengan dia?” Tanya Sem selepas melihat Siti duduk sendirian di tempat duduknya. Kemusykilan membelenggu perasaannya. Selalunya, Siti akan ditemankan Dewi ke mana jua dia berada. Tetapi tidak pula hari ini. Jadi, dia kehairanan.

“Entah, dia pergi kantin kot.” Jawab Siti acuh tidak acuh. Jelas tiada senyuman di raut wajahnya.

“You all ada problem ke?” Sem sekadar meneka.

Siti mengeluh berat. Dia mengeluarkan dompetnya dari dalam mejanya.

“Dompet kau dah dapat balik?” Tanya Sem terkejut. Sama reaksinya dengan reaksi Dewi pagi tadi bila melihat dompet itu.

“Peragut tu datang rumah aku. Dia minta maaf lepas bagi dompet ni pada aku. Lepas tu dia orang blah gitu je…” Jelas Siti.

“Interestinglah kalau macam tu.” Jelas Sem gembira sambil membelek-belek dompet Siti. “Ada apa-apa yang hilang?” Tanya Sem lagi sekadar ingin memastikan.

“Tak ada.” Jawab Siti ringkas.

Senyap seketika.

“Eh…” Sem seolah teringat sesuatu. “Jadi, apa yang Dewi cakap kelmarin tu jadi betullah erk? Kau akan terima balik dompet kau ni tanpa ada hilang sesen pun?” Sambung Sem lagi.

“Itulah yang memusykilkan aku sekarang ni? Aku tak tahu sama ada nak percaya atau tidak cerita Dewi tu.” Siti kebingungan.

“Apa yang sedang bermain di fikiran kau sekarang ni?” Tanya Sem solah ingin menyelami apa yang tersirat di dalam minda Siti ketika ini.

“Kau rasa Dewi tu jujur ke dalam cerita dia?”

“Maksud kau?” Sem tidak memahami pertanya Siti itu.

“Mungkin dia dengan peragut tu telah berkomplot untuk menakutkan aku. Mana tahu?” Siti hanya membuat kesimpulannya sahaja mengenai perasaannya terhadap Dewi ketika ini. Tiada keyakinan sebenar dalam agakkanya itu.

“Sampai ke situ kau fikir fasal Dewi? Dia kan kawan kita?’ Tanya Sem kehairanan. Dia sedikit kesal terhadap Siti ketika ini kerana telah berfikiran negetif terhadap Dewi.

“Apa motif dia nak takutkan kau?” Tanya Sem lagi menginginkan sokongan untuk kenyataan Siti tadi. Kata-katanya perlu ada kata bukti jika kata-katanya itu di anggap benar. Dia tidak mahu main serkap jarang sahaja.

“Yelah, akukan tak percaya pada cerita dia sebelum ni mengenai kejadian misteri yang dia alami tu.”

“So?”

“May be dia nak takut-takutkan aku supaya aku percayakan cerita dia.”

“Hello.” Bentak Sem lalu berdiri dari duduknya sambil mencekik pinggang. “Kalau nak ikutkan fakta kau tu, aku juga tak percaya cerita dia. Kenapa dia tak takutkan aku?” Sambung Sem lagi.

Siti terdiam sejenak. Tiba-tiba dia berasa bersalah pada Dewi ketika ini kerana telah serkap jarang pada kawannya itu pagi tadi. Dia mula tidak karuan. Kata-kata Sem itu ada betulnya.

“Kita sebagai kawan dia, sepatutnya cuba fahami masalah dia. Bantu apa yang kita mampu. Bukannya cuba mencari kesalahan dia.” Sem sekadar menasihat selepas kembali duduk.

“Apa aku nak buat sekarang ni ek?” Tanya Siti serba salah dan serba salah.

“Kau jumpa dia… dan mintak maaf pada dia baik-baik. I think you minta maaf pada dia esoklah. May be hari ni dia still marah pada kau. Tunggu marahnya reda dulu ok?” Sem menasihatkan lagi melalui penilaiannya.

Siti hanya meangguk lemah. Dia rasa tersangat bersalah pada Dewi. Dia sepatutnya tidak harus menyalahkan Dewi dan mencuba mencari kesalahan Dewi. Dia sebagai kawan pertamanya di sini seharusnya mempercayainya. Bukan terus menyalahkannya. Dia bertekad, dia harus memohon maaf pada Dewi.

**********************************

DEWI duduk sendirian di salah satu meja yang sedikit terceruk di dalam perpustakaan itu. Novel remaja di tangannya sedikit pun tidak dibaca. Sekadar d selak-selak tanpa dilihat isi kandungnya. Hatinya terkilan, terkilan kerana dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dia lakukan.

Siti yang menyalahkan dirinya atas apa yang menimpanya kelmarin mambuatkan hatinya terguris. Masakan dia boleh mencemarkan hubungan setiakawannya bersama Siti? Masakan dia sanggup menyakiti kawan baiknya sendiri? Apa motif dia untuk meyuruh orang meragut tas tangan Siti? Sedangkan dia tidak pernah kekurangan duit dari ibunya. Apa motif dia ingin takutkan Siti? Tiada sebab…

Dewi mengeluh panjang. Sedih bila diri terus dipersalahkan. Sedih rasa hatinya bagai tidak tertahan. Jika Siti tidak mahu berkawan dengannya, tiada sesiapa lagi di sekolah ini untuk dijadikan tempat dia meluahkan perasaan dan berbual mesra.

“Assalamualikum…” Kedengarsan satu suara yang tiba-tiba menerjah dari belakang. Sepantas kilat Dewi menoleh kebelakang.

“Waalikumussalam…” Jawab Dewi lembut. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup laju bila bertentang mata dengan tuan punya suara. Insan yang di tunggu-tunggu sudah muncul.

“Boleh Andy duduk kat sini?” Tanya Andy lembut sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kerusi kosong yang ada di hadapan Dewi.

Dewi tersipu malu. Dia mengangguk perlahan tanda membenarkan Andy duduk di kerusi itu. Jantunganya tidak karuan. Tiba-tiba badan terasa panas, sedangkan kipas angin ligat berpusing di atas kepala.

“Sorang je ke?” Tanya Andy selepas duduk di hadapan Dewi. Diletak majalah Dewan Pelajar di atas meja. Sengaja membawa majalah itu. Sedangkan di dalam hatinya sedikit pun tidak berminat untuk membacanya.

“Ha’ah.” Jawab Dewi sepatah. Pandangan ditundukkan, tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan Andy ketika ini. Jantungnya bagai ingin tercabut menahan degupan yang teramat laju.

“Biasa awak dengan sorang kawan awak yang tembam-tembam tu. Mana dia?” Tanya Andy sekadar berbasa-basi.

“Dia ada hal kat kelas.” Dewi menipu. Dia sendiri tidak tahu di mana dan sedang buat apa Siti ketika ini. Dia tidak mahu ambil tahu. Apa yang dia mahu, ingin berbual dengan Andy ketika ini.

Andy hanya mengangguk Akur.

“Selalu ke awak melepak di perpustakaan ni?” Tanya Dewi sekadar ingin meneruskan perbualan mereka.

Andy mengelamun seketika. Mencari jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Dewi itu. Jika bukan kerana taruhan. Susah benar untuknya menjejakan kaki di gedung ilmu ini. Dia hanya masuk ke perpustakaan ini pun kebiasaannya sekali dalam sebulan, itu pun di sebabkan ada ujian Hafazan dan PAFA dan ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ikutkan hati, dia lebih suka melepak di belakang sekolah dengan kawan-kawan sambil menghisap rokok.

“Tak adalah selalu, kadang-kadang je. Kalau saya bosan saya akan ke sini.” jawab Andy menipu.

“Owh ye ke?” Akur Dewi sambil tergelak kecil. Namun, gelakkannya masih di tahan-tahan agar nampak sopan di hadapan Andy. “Saya selalu lepak at sini time rehat.” Sambung Dewi lagi.

“Iye?” Tanya Andy manja. Sungguh romantik nada suaranya. Mengetarkan lagi jiwa Dewi.

“Kalau macam tu, lepas ni bolehlah kita berjumpa di sini bila waktu rehat ek?” Andy sekadar mencadang. Dalam hantinya, dia terasa terpaksa meluahkan kata-kata itu. Baru seminit di perpustakaan ini, bagaikan sejam dia rasakan.

“Awak form 5 kan, tahun ni?” Tanya Dewi sekadar ingin memastikan, walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya yang sebenar dari Sem sebelum ini.

“Ha’ah. 5B.” Jawab Andy seolah bangga.

“Wow, boleh tahan terror awak ni ek? Kelas 5B, kelas kedua terbaikkan di antara kelas-kelas tingkat 5 yang ada?” Tanya Dewi sekadar berbasa-basi.

“Tak adalah terror sangat macam budak tu. Kelas 3 Mutiara. Kelas best student dalam semua kelas tingkatan 3 yang ada di sekolah ni.” Pintas Andy sambil menonongkan matanya ke arah lain. Sengaja mengusik Dewi.

“Awak ni ada-ada je tau?” Jelas Dewi manja sambil mencubit perlahan pada lengan Andy.

“Adui….” Keluh Andy kesakitan. “Kalau couple dengan awak ni, mahu saya lebam-lebam lepas ni.” Kata Andy selamba sambil mengosok-gosok bekas cubitan Dewi tadi yang kelihatan merah di lengannya.

Dewi terdiam. Tiba-tiba pipi jadi merah dek menahan malu. Kata-kata Andy itu membuatkan dia tersipu-sipu. Dia tidak menyangka Andy akan melepaskan kata-kata itu di saat perjumpaan mereka yang baru kali kedua ini.

Andy hanya tersenyum melihat gelagat Dewi yang tersipu-sipu sambil menundukkan wajah di hadapannya. Dia tidak menyangka begitu mudah dia ingin memiliki hati wanita yang sebelum ini di sangka berhati keras, ganas dan liar memandangkan Dewi sebelum ini bersekolah di bandar.

Pada persepsinya, orang dari bandar ni semuanya kurang sopan. Tapi persepsi itu harus di tukar mulai sekarang. Tidak semua orang yang lahir dari bandar bersikap korang sopan. Salah seorangnya adalah Dewi.

“Kenapa senyap?” Tanya Andy bila melihatkan Dewi tiba-tiba hilang kata-kata.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Dewi malu-malu. Rasa serba salah pula mencubit lengan Andy tadi. “Maaf sebab saya cubit awak tadi.” Pohon Dewi lagi. Mukanya masih ditundukkan.

“Awak memang suka cubit orang ke? Mesti boyfriend awak dulu selalu kena cubit kan?” Andy sekadar meneka-neka.

“Saya mana ada boyfriend.” Cepat Dewi memintas kata-kata Andy tadi. Sememangnya dia tidak pernah ada kekasih. Dan ini kali pertama dia merasakan perasaan ini. “Maaf, lepas ni saya tak akan cubit awak lagi ek?” Pohon Dewi lagi serba salah.

“Hisy, tak apa, saya lagi suka. Sekurang-kurangan kalau awak cubit saya, ada juga bekas dari awak untuk saya lepaskan rindu kalau saya rindu pada awak.” Andy mula melancarkan serangan manis mulutnya dan lembut gigi dari lidah.

Dewi tersipu-sipu lagi, terasa panas seluruh badan. Di dalam bajunya, badanya sudah berpeluh-peluh menahan kehangatan suhu badan. Dia pun tidak tahu kenapa. Jiwa bagai melayang bila bertentang mata dengan Andy. Hati bagai terbang tatkala mendengar seuara Andy.

Beberapa minit kemudian, loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Dek menahan malu, Dewi cepat-cepat meminta diri. Kelihatan sedikit menggelabah. Andy hanya tesegih puas memandang keadaan Dewi yang tidak tentu arah itu. Andy memandang di suatu sudut lain di perpustakaan itu. Kelihatan kawan-kawannya yang lain sedang tersengih padanya. Andy puas hati bila rancanganya berjalan lancar.

Bersambung…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: