Novel : Sesuci kasih seorang isteri 19

Nama Pena : kak tyea

“Lamanya mandi? Suka main air ke?.” Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai tuala putih.
Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Dan Asha juga nampaknya menuruti warna kegemaran yang sama dengan mamanya. Bukan menuruti kegemaranku yang lebih gemar pada warna hitam dan merah.
“Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best.”
“Ya, sejuk. Dingin.”
“Semalam sayang rindu abang tak?.” Perhatianku mula teralih. Sengaja ku alih sebenarnya. Malas mahu berbual panjang soal air yang sejuk itu. Alishah lebih menguntungkan.
“Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu dalam hati aje lah.”
Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja? Ah, mustahil dia tahu rahsiaku.
“Hmm…kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat?.” Ujiku sedangkan dalam hati, akulah yang bodoh.
“Tak apalah. Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang siap, tambah lambat abang sampai rumah.”
“Bijak.” Pujiku dan dia melebarkan senyuman manisnya.
“So, is everything clear by now?.”
“Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih dengan sayang. Dengan baby.”
Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan deodorant sebelum menyarung baju melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk waktu solat subuh.
“Abang nampak makin handsome pakai baju melayu ni.”
Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas. Handsome? Mestilah.
“Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that’s the reason why I married to the most beautiful woman in the world.”
“Alhamdulillah. Tapi Isha tak adalah secantik mana.” Alishah sudah bangun daripada katil. Rambutnya yang sudah diikat dikemas-kemaskan.
“Cantik sangat sampai abang rasa macam tak segandingan dengan sayang.”
Bahuku dielus-elusnya.
“Isha mungkin cantik. Syukurlah tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab untuk abang rasa tak segandingan dengan Isha.”
Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling hangat di kedua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhu.
“Nakal.” Bisikku sendiri bersama senyuman lucu.
Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wudhu sementara isteriku keluar memanggil Mak Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha.
Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di dalam bilik si kecil kami.
Satu : Kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai sesuatu yang sangat murni dan mengeratkan silaturahim.
Dua : Jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam islam?
Tiga : Biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah.
Empat : Bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.

28
“Angah!!!.”
Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar meninggalkan aku di sini. Dia akur.
“Terima kasih banyak-banyak, ngah. Aku hutang banyak dengan kau.”
“Ya, memang banyak.” Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik sahaja papa dan mama sampai di rumah along, mereka akan segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan along sedar yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-tahun mengabaikan papa dan mama.
“Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya dah tak sanggup. Perempuan tu sekarang dah bukan anak dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan.”
“Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal ni dengan papa dan mama.”
“Eh, gila ke apa?.” Memberitahu mama dan papa maknanya memberitahu Alishah sekali.
“Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan diorang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita berdua.”
Tahu tak apa…
“Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu. Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang lain tapi saya sendiri yang akan musnahkan keluarga along tu.” Ugutku penuh emosi. Aku akan melakukan apa saja kalau sampai rahsia ini bocor.
Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata pecah juga…masyaallah…kuatkanlah hatiku untuk bersabar.
“Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku minta maaf.”
“Jadi bila along nak balik ni? Passport dah dapat ke belum?.” Dalam risau, aku masih mampu memikirkan kebajikan mereka.
“Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia tapi kami kena tunggu papa dan mama sampai dulu. Kalau tak nanti diorang syak pula.”
“Tiket dah beli ke?.”
“Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa dan mama. Ini pun aku dah risau sebab muka Irman bengkak sangat.”
“Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-budak samseng kristian kat situ. Insyaallah papa dan mama mesti percaya punya.”
Dari mula along menyatakan hasrat mahu berpindah meluaskan perniagaan di Turki 4 tahun lalu, papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu negara Turki sedang dalam proses pertukaran kuasa pentadbir kristian sepenuhnya.
Dulu lagi negara itu tak stabil. Entah angkara siapa sampaikan masjid-masjid kini menjadi gereja mereka. Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama islam.
“Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah.”
“Jangan nak sumpahlah, long. Entah terlaksana entah tak nanti.”
Along mengeluh berat. Dalam nafasnya ditahan-tahan. “Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insyaallah. Kalau ada, adalah. Tapi saya lebih senang kalau along setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai rahsia ni pecah.”

29
Aku tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia kurang gemar western food.
“Abang dah sampai?.”
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang aku buat?
“Ya. Dah duduk pun.”
“Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi.”
“It’s okay. Take your time.” Dan talian segera ku putuskan.
Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu?
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
Aku pernah cuba menangkap gambarnya tidak memakai tudung semasa dia tidur tetapi akhirnya dia dapat tahu. Dia takut aku marah tetapi akhirnya dia merayu memintaku memadamnya.
“Assalamualaikum.” Seseorang berbisik betul-betul di telinga.
Sofea!!
“Waalaikumsalam.” Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut.
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. ‘Temujanji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri.
Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali.
“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak ku makan.
“Hurrmm..confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my colleague.”
Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya…dapat ku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku hingga dia begini suka kepadaku?
Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri. Menguruskan bisnesnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan antarabangsa sahaja.
Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World Shipping Company miliknya.
“May I have your order now, madam?.” Mungkin dah tak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum bersuara.
“I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?.”
“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada sofea nak makan apa.” Sungguh respon yang sangat mematikan selera seorang isteri.
“Oh, abang suka fish and chips rupanya.”
“I think so.”
Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalangku daripada melakukan tindakan refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.
“Okay.”
Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be your final order?.”
“I’ll decide.” Putusnya. Tegas. Walaupun suaranya masih lembut.
Aku cuma mampu terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
“We’ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh orange. That’s all for now.”
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips…
Dari langkah pertama yang diambil pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku : membosankan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: